Ibu pelajar A dakwa anak trauma, kritik tindakan sekolah dalam kes arwah Zara

KOTA KINABALU – Ibu kepada pelajar A di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha (TDM) mendedahkan anaknya mengalami tekanan emosi serius termasuk simptom gangguan stres pascatrauma (PTSD) susulan kejadian yang melibatkan arwah Zara Qairina Mahathir.

Saksi yang dikenali sebagai deponen ke-62 memaklumkan bahawa beliau hanya mengetahui mengenai kejadian melibatkan arwah Zara pada 16 Julai 2025 kira-kira jam 8.39 pagi melalui mesej WhatsApp daripada ibu seorang pelajar lain dan bukan melalui sebarang makluman rasmi daripada pihak sekolah, warden, pengetua mahupun pihak polis.

Menurutnya, ketiadaan komunikasi rasmi daripada pihak berkuasa sekolah amat mengejutkan, lebih-lebih lagi apabila beliau kemudian dimaklumkan bahawa anaknya telah dibawa ke balai polis tanpa pengetahuan atau kebenaran ibu bapa.

“Saya segera menghubungi pihak sekolah dan beberapa guru untuk memastikan keberadaan dan keselamatan anak saya kerana ketika itu dia berada dalam keadaan trauma dan ketakutan,” katanya ketika memberi keterangan dalam prosiding inkues Mahkamah, di sini pada Selasa.

Tambahnya, beliau dan suami hanya dapat hadir ke sekolah pada 17 Julai 2025 atas kekangan perjalanan. Setibanya di sekolah, saksi mendapati perubahan ketara pada keadaan fizikal dan emosi anaknya, termasuk tingkah laku kaku, mudah terkejut, hilang selera makan serta menunjukkan tanda-tanda tekanan emosi yang serius.

“Anak saya telah mendapatkan rawatan di beberapa klinik kesihatan dan disahkan mengalami simptom yang konsisten dengan PTSD, disokong dengan sijil cuti sakit.

“Anak saya juga mengalami tekanan emosi berpunca daripada tindakan pihak sekolah yang didakwa mengasingkan anaknya, membawanya ke balai polis tanpa kehadiran atau kebenaran ibu bapa, serta menjadikannya individu utama untuk memberikan keterangan berkaitan arwah Zara,” terangnya.

Dalam keterangannya, saksi turut mendedahkan sepanjang tempoh anaknya bersekolah di SMKA TDM, terdapat beberapa aduan terdahulu berkaitan isu buli, tekanan emosi, kecurian barang peribadi serta kelemahan pengawasan asrama yang telah dimaklumkan kepada pihak warden melalui mesej dan surat rasmi.

Beliau merujuk kepada perbualan WhatsApp dan Telegram yang dikemukakan sebagai eksibit, yang menunjukkan aduan berulang tentang kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar, namun menurut saksi, tiada tindakan berkesan diambil oleh pihak bertanggungjawab.

“Berhubung hubungan antara anak saya dan arwah Zara, pada awalnya tegang tetapi menjadi lebih rapat beberapa bulan kemudian. Saya juga pernah berhubung dengan arwah Zara melalui telefon dan berjumpa secara bersemuka semasa pendaftaran sekolah,” ujarnya.

Saksi juga menyentuh mengenai tekanan awam dan kecaman netizen yang diterima anaknya selepas kejadian, termasuk dakwaan serta label negatif yang menurutnya menjejaskan maruah dan keselamatan emosi anaknya.

“Saya pernah menerima mesej daripada ibu arwah Zara yang menurut pemahamannya berunsur desakan supaya kenyataan anaknya kepada pihak polis diubah dan satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut,” kongsinya.

Dalam pemeriksaan lanjut, saksi mengesahkan bahawa beliau tidak berada di sekolah atau asrama pada hari kejadian, 15 Julai 2025 dan tidak menyaksikan sendiri sebarang peristiwa yang melibatkan arwah Zara.

Beliau turut mengesahkan bahawa semua maklumat dan pemahaman beliau mengenai keadaan Zara serta peristiwa selepas kejadian adalah berdasarkan sepenuhnya kepada apa yang diceritakan oleh anaknya selepas kembali tinggal bersama keluarga.

Mengakhiri keterangannya, saksi menegaskan bahawa segala kenyataan yang diberikan adalah berdasarkan pemahaman dan pengetahuan beliau sebagai seorang ibu dan bertujuan semata-mata untuk membantu prosiding inkues Mahkamah.

Related Posts

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

KEPUTUSAN Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dilihat membuka lembaran baharu dalam landskap politik negeri itu. Namun, langkah tersebut juga membawa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

KOTA BELUD – Taman Perindustrian Kota Belud (KBIP) dijangka membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat Sabah, khususnya penduduk di daerah tersebut apabila ia mula beroperasi kelak. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

BN Johor ambil risiko politik besar menjelang PRN

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

Taman Perindustrian Kota Belud buka peluang perniagaan, pekerjaan – Ewon

NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

  • By Ynom
  • May 18, 2026
NADI terus berperanan penting sebagai hab komuniti

Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

Inspire Eksplorasi OKU, perkasa keyakinan dan jati diri peserta

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

Isu parkir berpalang kembali hangat dalam dialog rakyat bersama MB Perlis

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI

477 pelajar Sepanggar terima Anugerah Cemerlang MADANI