Mustapha terima kunjungan hormat Sepanggar United FC, komited perkasa pembangunan sukan

INANAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud terus komited dalam pembangunan sukan yang memberi manfaat kepada rakyat khususnya di Sepanggar.

“Sekiranya ia melibatkan keperluan pembangunan sekolah, pembangunan bola sepak dan sebagainya terutamanya untuk anak-anak, saya akan beri komitmen dan saya akan bantu.

“Sebab itu tugas dan tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen Sepanggar kerana kita ada dana untuk pembangunan NGO, pembangunan sukan untuk rakyat di Sepanggar,” katanya semasa menerima Kunjungan Hormat daripada Pasukan Sepanggar United FC di pejabatnya, di sini pada Isnin.

Sementara itu, Saiful Bahari Jatlee sebagai Pengurus Pasukan Sepanggar United FC berkata, kunjungan hormat kali ini lebih kepada memperkenalkan kewujudan pasukan bola sepak veteran berkenaan di Sepanggar.

Menurut Saiful, pada kunjungan tersebut, beliau turut memohon peruntukan bagi membantu kewangan pasukan berkenaan.

“Pasukan ini akan didaftarkan secara rasmi di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bola sepak selepas ini.

“Kita juga akan mengorak langkah, menganjur program dan mengasah bakat serta mencari bakat akar umbi di kawasan Sepanggar.

“Pada masa yang sama kami akan bergerak aktif mengikuti kejohanan-kejohanan anjuran di seluruh negeri,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pasukannya akan mengikuti kejohanan pertandingan bola sepak pada bulan Mac ini.

Kunjungan tersebut turut disertai 11 wakil Pasukan Sepanggar United FC yang terdiri daripada pemain veteran.

  • Related Posts

    KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

    SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

    SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

    Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

    Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

    Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

    Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

    Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

    KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

    • By Ezmie
    • October 8, 2026
    KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

    Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

    Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

    Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

    • By Ezmie
    • October 8, 2026
    Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat