Kerajaan negeri jamin sokongan penuh kepada DBKK

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memberi jaminan sokongan sepenuhnya bagi memastikan setiap perancangan dan hala tuju pembangunan Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu (DBKK) dapat direalisasikan, selari dengan aspirasi pembangunan negeri di bawah kerangka Sabah Maju Jaya (SMJ).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Menteri yang bertanggungjawab kepada DBKK, Datuk Joniston Bangkulai berkata, komitmen itu penting bagi memastikan perancangan strategik yang digariskan tidak sekadar tinggal di atas kertas.

“Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan apa yang telah digariskan dapat menjadi kenyataan. Kita perlu ‘political wheel’ bagi merealisasikan setiap perancangan.

“Pendekatan DBKK yang menekankan tadbir urus cekap, berintegriti serta kesejahteraan rakyat adalah selari dengan tiga teras utama SMJ, iaitu pertumbuhan ekonomi, pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat, serta pembangunan infrastruktur dan kelestarian hijau.

“Usaha DBKK memperkukuh inisiatif Bandar Raya Pintar (Smart City), meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memelihara kelestarian alam sekitar disifatkan sebagai manifestasi jelas pelaksanaan SMJ di peringkat bandar raya,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-26 Bandar Raya Kota Kinabalu, di sini pada Isnin.

Tambahnya, sambutan ulang tahun itu bukan sekadar penanda usia pentadbiran bandar raya, sebaliknya ruang refleksi terhadap hala tuju pembangunan Kota Kinabalu sebagai pusat pentadbiran negeri, nadi ekonomi Sabah serta imej negeri di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Kedudukan strategik Kota Kinabalu menjadikan pembangunan bandar raya ini tidak boleh digerakkan secara terasing, sebaliknya perlu selari dengan agenda besar pembangunan negeri.

“Apa yang berlaku di Kota Kinabalu memberi kesan langsung kepada keyakinan pelabur, pengalaman pelawat, kualiti hidup rakyat serta imej Sabah secara keseluruhan.

“Kerajaan negeri yakin dengan kesepaduan hala tuju antara SMJ dan DBKK, disokong oleh penjawat awam yang profesional serta kerjasama semua pihak, Kota Kinabalu akan terus berkembang sebagai bandar raya yang berdaya tahan, progresif dan mampu menjadi model pengurusan bandar di Sabah,” tegasnya.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri