Penduduk berkumpul di Lintasan Rafah selepas ia kembali dibuka

RAFAH – Ribuan penduduk Palestin berkumpul berhampiran Lintasan Rafah selepas laluan itu dibuka semula, sekali gus memberi harapan baharu kepada mereka yang mahu keluar dari Gaza.

Laluan itu digunakan untuk mendapatkan rawatan perubatan, perlindungan sementara atau menyertai ahli keluarga di luar wilayah berkenaan.

Lintasan Rafah – yang menghubungkan Gaza dengan Mesir – sebelum ini ditutup selama beberapa minggu susulan pertempuran berterusan dan sekatan keselamatan.

Pembukaan semula laluan itu membolehkan proses pemindahan secara terhad dilaksanakan, dengan keutamaan diberikan kepada pesakit kritikal, warga asing serta pemegang dokumen perjalanan yang sah.

Menurut sumber tempatan, orang ramai berkumpul sejak awal pagi, ada yang membawa beg pakaian kecil dan dokumen penting, sementara yang lain menunggu khabar mengenai senarai nama yang dibenarkan menyeberang.

Keadaan di sekitar lintasan dilaporkan sesak, dengan kawalan ketat oleh pihak berkuasa.

Pegawai kemanusiaan berkata, pembukaan semula lintasan itu amat penting memandangkan sistem kesihatan di Gaza berada ‘di ambang keruntuhan’ akibat kekurangan bekalan perubatan dan kapasiti hospital terhad.

Namun, mereka menegaskan jumlah individu dibenarkan keluar masih jauh lebih rendah berbanding keperluan sebenar di lapangan.

Lintasan Rafah adalah satu-satunya pintu keluar masuk Gaza yang tidak dikawal Israel dan menjadi talian hayat bagi bantuan kemanusiaan serta pergerakan orang awam ketika konflik memuncak.

Setakat ini, belum ada kepastian berapa lama lintasan itu akan dibuka, dengan perkembangan selanjutnya bergantung kepada keadaan keselamatan dan rundingan antara pihak berkepentingan.

Related Posts

Malaysia, Turkmenistan perkukuh kerjasama tenaga menerusi perjanjian strategik Petronas

TURKMENISTAN – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim, bersama Presiden Serdar Berdimuhamedov, pada Jumaat menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan, sekali gus memperkukuh hubungan ekonomi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pakistan, China, UK, dan Rusia desak Israel tamatkan sekatan

BEBERAPA negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Gaza terus meruncing di sebalik perjanjian gencatan senjata yang dimeterai. Dalam sesi taklimat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan ‘bocorkan’ Johor, nilailah berdasar fakta bukan persepsi

Kerajaan Persekutuan ‘bocorkan’ Johor, nilailah berdasar fakta bukan persepsi

Penurunan harga diesel bukti kerajaan tangkas ringankan beban rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan tangkas ringankan beban rakyat

Kerajaan Negeri komited perkukuh pembangunan bola sepak di Sabah – Azrul

Kerajaan Negeri komited perkukuh pembangunan bola sepak di Sabah – Azrul

Perjuangan hak MA63 perlu sokongan padu rakyat Sarawak – Adam Yii

Perjuangan hak MA63 perlu sokongan padu rakyat Sarawak – Adam Yii

Program Bakti Belia MADANI Sarawak pupuk semangat kesukarelawanan

Program Bakti Belia MADANI Sarawak pupuk semangat kesukarelawanan

Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Rusia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global

Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Rusia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global