Gol lewat permainan Sesko bantu United atasi Fulham

MANCHESTER United meneruskan kebangkitan di bawah kendalian pengurus sementara, Michael Carrick apabila menewaskan Fulham 3-2 dalam aksi dramatik Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi.

Penyerang Slovenia, Benjamin Sesko muncul wira skuad Red Devils selepas meledak gol kemenangan pada minit keempat masa kecederaan, sekali gus mencetuskan sorakan gemuruh penyokong tuan rumah.

Kemenangan itu melonjakkan United ke tangga keempat liga dengan 41 mata, selain mengukuhkan reputasi Carrick yang sebelum ini mencatat kemenangan penting ke atas Manchester City dan pendahulu liga, Arsenal.

Fulham dalam pada itu turun ke kedudukan kelapan liga.

United terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Casemiro pada minit ke-19 sebelum Matheus Cunha menggandakan kelebihan pada minit ke-56.

Namun, Fulham bangkit pada penghujung perlawanan apabila Raul Jimenez menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-85 sebelum Kevin menyangka golnya pada minit ke-91 sudah memastikan keputusan seri buat pasukan pelawat.

Ketika perlawanan dilihat bakal berakhir dengan keputusan 2-2, Bruno Fernandes mencuri tumpuan apabila melakukan gerakan bijak melepasi Calvin Bassey sebelum menghadiahkan umpanan tepat kepada Sesko yang tidak mensia-siakan peluang merembat kencang ke penjuru atas gawang Fulham.

Related Posts

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

MANCHESTER United terselamat daripada kekalahan selepas terikat 1-1 menentang Fulham hasil jaringan penyamaan lewat Matheus Cunha, namun tekanan terhadap pengurusnya, Michael Carrick semakin memuncak susulan satu lagi persembahan hambar skuad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

MANCHESTER City kembali menerajui Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan Sunderland 5-3 dalam aksi penuh dramatik di Stadium Etihad, malam tadi. Gol pertama Enzo Fernandez bersama kelab itu menjadi pencetus kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan