Teknologi digital, AI diperkukuh dalam tadbir urus Kementerian Pertahanan

KOTA TINGGI – Kementerian Pertahanan akan memperkukuh penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem tadbir urus Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengelakkan isu rasuah dan salah guna kuasa berulang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendekatan itu tidak hanya tertumpu kepada tindakan terhadap individu, sebaliknya membabitkan penambahbaikan menyeluruh terhadap sistem dan proses dalam ATM serta kementerian.

“Antara langkah utama yang akan dilaksanakan termasuk pendigitalan penuh proses perolehan, penggunaan AI bagi analisis harga dan keperluan aset pertahanan, serta penerapan prinsip `environmental, social and governance’ dalam pengurusan kementerian dan ATM.

“Melalui pendigitalan, kita boleh mengesan perolehan yang dibuat di pelbagai peringkat, mengenal pasti sama ada sesuatu kontrak berulang kali diberikan kepada syarikat yang sama atau syarikat yang mempunyai pemilikan berkaitan,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata demikian selepas merasmikan Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Pertahanan di Kampung Tuan Seh, Tanjung Sedili, petang semalam.

Mohamed Khaled berkata, penggunaan AI pula membolehkan kementerian menilai sama ada sesuatu harga perolehan adalah munasabah dengan membuat perbandingan amalan negara lain, selain mengenal pasti sebarang kecenderungan atau corak mencurigakan dalam proses membuat keputusan.

“AI boleh membantu menentukan sama ada sesuatu barangan itu sesuai atau tidak, mahal atau tidak, dan sama ada wujud kecenderungan tertentu dalam proses perolehan,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, kementerian juga sedang mempertimbangkan penubuhan unit khas bagi mengendalikan aduan serta pemantauan dalaman secara berterusan bagi memastikan langkah pencegahan yang diambil benar-benar berkesan.

Sementara itu, mengulas pelantikan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-24, Mohamed Khaled berkata pelantikan itu dibuat dalam suasana mencabar dan menuntut kerjasama erat antara kepimpinan ATM dan kementerian.

“Saya percaya Panglima Angkatan Tentera yang baharu akan bersama kementerian dalam usaha memulihkan imej dan reputasi ATM, selain memastikan integriti dan tadbir urus yang baik terus diperkukuh.

“Usaha memperkukuh integriti dan tadbir urus dalam ATM adalah proses berterusan yang memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi pertahanan negara terus terpelihara,” katanya.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah