Dua beranak nyaris lemas mandi pantai Cherating

KUANTAN – Kegembiraan sebuah keluarga bercuti di Pantai Cherating di sini sempena cuti hujung minggu hampir bertukar duka apabila dua daripada mereka nyaris lemas ketika mandi di pantai itu.

Dua beranak – masing-masing berusia 13 dan 38 tahun – itu berjaya diselamatkan anggota pasukan penyelamat pantai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, detik cemas dihadapi seorang bapa bersama anak lelakinya itu berlaku kira-kira jam 7 petang.

Menurutnya, kejadian berkenaan bagaimanapun disedari dua anggota pasukan penyelamat pantai yang sedang melakukan rondaan.

“Anggota terlibat ternampak seorang lelaki bersama anaknya dalam keadaan terkapai-kapai meminta pertolongan.

“Melihat kejadian itu, anggota segera menghulurkan bantuan dengan menyelamatkan lelaki berkenaan bersama anaknya yang dikendong menggunakan papan luncur,” katanya kepada Sinar Harian.

Che Adam berkata, kedua-dua mangsa yang berasal dari Selangor itu dibawa ke pantai bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Semua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Related Posts

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

LIMBANG – Kawasan Rangau Valley dijangka muncul sebagai hab pembangunan baharu di Limbang menerusi pelaksanaan pelbagai projek strategik yang merangkumi pembangunan perumahan moden, pusat pentadbiran, sektor komersial serta pelancongan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0