Anwar tegas nafi ada kaitan dengan fail Epstein berusia 15 tahun

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas emel, termasuk membabitkan Jeffrey Epstein.

Perdana Menteri dalam kenyataan dimuatnaik menerusi Facebook berkata, beliau baru tahu hari ini bahawa ada pihak luar mahu bertemu dan siap ‘petik’ namanya dalam emel berkaitan kes Epstein.

“Alhamdulillah, dah belasan tahun seperti yang disebut dalam emel… dan saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas email tu, terutama Epstein. (diikuti emoji)

“Ok, saya nak sambung jalan-jalan di Johor Bahru,” tulis beliau.

Isu ini tercetus apabila nama Anwar muncul dalam satu set dokumen yang baharu dibuka Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berkaitan kes Jeffrey Epstein – seorang ahli kewangan yang disabit kesalahan jenayah seksual dan pemerdagangan manusia sebelum kematiannya.

Nama Anwar disebut dalam konteks ‘politik dan potensi ekonomi’.

Dalam emel bertarikh 21 Februari 2012, seseorang yang mendakwa rapat dengan Anwar mencadangkan agar diatur satu pertemuan antara Anwar dan seorang individu dikenali sebagai ‘Jes’ yang dipercayai merujuk kepada Jes Staley, ketua pegawai eksekutif bahagian perbankan pelaburan JP Morgan.

Emel itu menyatakan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia, ia akan membersihkan dan membuka peluang besar untuk JP Morgan.

Emel itu dikatakan berlaku semasa Anwar masih menjadi pembangkang.

Walau bagaimanapun, dalam 3 juta dokumen termasuk emel dan gambar kes Epstein pada 15 tahun lalu yang dipunggah di Amerika hanya ada satu email yang memetik nama “Anwar Ibrahim”.

Namun, email berkenaan bukan daripada “Anwar Ibrahim” atau kepada “Anwar Ibrahim” melainkan seorang yang berada di kedudukan sebagai ‘orang tengah’.

Terdahulu, Armada Bersatu – sayap Pemuda Bersatu – awal hari ini menuntut penjelasan Anwar sama ada Perdana Menteri pernah mempunyai sebarang bentuk interaksi dengan Epstein atau mana-mana individu sebagaimana pendedahan dokumen rasmi dalam arkib Epstein Files.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

PN digantung RoS, ‘retak’ Pas-Bersatu belum menemui noktah – Tajuddin

Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

Kerajaan perkasa pekebun kecil sawit tingkat produktiviti, pendapatan melalui teknologi

Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air

Kerajaan teliti strategi pusat data tidak jejas bekalan elektrik, air

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik