Perlunya kebersamaan dalam membangun rakyat, kerajaan tak boleh bergerak solo

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak boleh membangunkan masyarakat bersendirian tanpa sokongan mana-mana pihak. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keterangkuman itu perlu membabitkan semua pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan  (NGO), sektor swasta yang tidak boleh terpisah dari nilai kebersamaan.

Menurut beliau, kerjasama tersebut memberi gambaran jelas kepada konsep Madani iaitu saling melengkapi kerana dakwah tidak dimonopoli sesiapa, sebaliknya dipikul secara bersama.

“Harus ada keimbangan dunia dan akhirat dalam ibadah. Lazimnya dikonotasi dan dihubung kait dengan perkara yang dekat dengan dakwah.

“Tidak kira ahli politik, ahli perniagaan mahupun professional, ia harus ada perimbangan di antara dunia dan akhirat,” katanya ketika berucap semasa merasmikan program Doa Dari Hati, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memaklumkan, usaha berterusan dalam kebersamaan itu  bukan sekadar seruan moral, namun ia menjadi asas kepada pembinaan masyarakat yang kuat. 

“Apabila institusi, NGO dan sektor swasta bergerak bersama atas dasar kebaikan, maka lahirlah sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju secara material, tetapi juga subur nilai kemanusiaannya.

“Apabila ketiga-tiganya bertemu atas niat yang benar, kebaikan yang lahir akan memberi manfaat yang jauh lebih besar,” katanya. 

Beliau turut mengingatkan bahawa masyarakat hari ini terlalu mudah terpesona dengan perkara tular, namun cepat melupakan perkara yang mendidik.

“Program yang berterusan seperti ini membuktikan bahawa usaha membina ummah tidak boleh bergantung kepada sensasi, tetapi mesti berteraskan komitmen jangka panjang,” katanya.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja