Anwar luang masa tinjau persiapan Thaipusam

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Batu Caves petang tadi bagi meninjau persiapan sambutan Hari Thaipusam yang akan diraikan penganut Hindu, Ahad ini.

Lawatan itu tertumpu di kawasan Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves, lokasi utama yang menjadi tumpuan penganut Hindu dari dalam dan luar negara setiap tahun bagi melaksanakan upacara keagamaan sempena sambutan itu.

Ketibaan Perdana Menteri kira-kira jam 2.30 petang disambut Menteri Digital Gobind Singh Deo; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta pengurusan kuil sebelum dibawa meninjau beberapa lokasi utama.

Antara lokasi dilawati adalah laluan perarakan dan reruai kementerian serta agensi di tapak MADANI Thaipusam yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung, termasuk pemeriksaan kesihatan.

Dalam lawatan kira-kira sejam itu, Anwar meluangkan masa beramah mesra dengan penganut dan sukarelawan yang terlibat dalam persiapan sambutan, lapor Bernama.

Selain itu, beliau sempat menghadiri taklimat bersama pihak pengurusan bagi memastikan sambutan berlangsung lancar dan selamat.

Perarakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam di Jalan Tun HS Lee menuju ke Batu Caves bermula jam 9 malam ini, menandakan bermulanya sambutan Thaipusam.

Bagi melancarkan perarakan, sebanyak 12 persimpangan jalan di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat.

Laluan itu termasuk persimpangan Jalan Leboh Ampang/Jalan Perak, Jalan Tun Perak/Jalan Pudu, Jalan Tun Tan Cheng Lock/Jalan Sultan, Jalan Sultan/Jalan Hang Jebat serta Jalan Sultan/Jalan Petaling.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi