Majlis Perundingan Gig berlandaskan realiti semasa industri

PUTRAJAYA – Langkah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menggunakan Majlis Perundingan Gig (MPG) dalam menentukan kadar pendapatan minimum pekerja gig disifatkan berlandaskan realiti sebenar ekosistem industri terbabit.

Ketua Aktivis Gabungan E Hailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata, ekosistem pekerjaan gig mempunyai struktur, tahap fleksibiliti serta model operasi yang berbeza berbanding pekerjaan konvensional.

Menurut beliau, pelaksanaan Akta Pekerja Gig yang diwartakan pada Disember 2025, serta penubuhan MPG merupakan langkah tepat, progresif dan berasaskan keperluan sebenar pekerja gig, khususnya sektor E-Hailing serta P-Hailing.

“GEM turut menghargai penjelasan bahawa kadar gaji minimum RM1,700 adalah rujukan kepada dasar gaji minimum konvensional di bawah Akta Pekerja, manakala penentuan pendapatan minimum pekerja gig perlu dibincangkan dan rundingan haruslah melibatkan wakil sektor pekerja itu.

“Kami menyarakan isu ini dirunding secara berstruktur melalui MPG yang bersifat triparti, melibatkan kerajaan, wakil pekerja gig dan entiti platform.

“Pendekatan ini memastikan suara pekerja gig didengar secara rasmi dan keputusan yang dicapai adalah adil, seimbang serta berpaksikan situasi sebenar di lapangan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Jose memaklumkan, pendekatan itu memastikan suara pekerja gig didengar secara rasmi dan keputusan yang dicapai adalah adil seimbang serta berpaksikan situas sebenar di lapangan.

“Ia memberi peluang terbaik kepada semua pihak berkepentingan untuk membincangkan formula pendapatar ang mengambil kira kos sara hidup variasi lokasi serta jenis perkhidmatan,” katanya.

Tambahnya, semua pihak perlu memberi kepercayaan kepada MPG untuk melaksanakan peranannya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang demi kestabilan industri serta kepentingan jangka panjang pekerja gig.

“GEM kekal komited untuk bekerjasama secara konstruktif dengan Kementerian Sumber Manusia dan semua pihak berkepentingan bagi memastikan kebajikan, perlindungan dan masa depan pekerja gig terus diperkukuh selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI,” katanya.

Terdahulu, KESUMA menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan penentuan pendapatan minimum pekerja gig dilaksanakan melalui proses perundingan berstruktur di bawah kerangka Akta Pekeria Gig 2025.

Kementerian berkenaan memaklumkan kerangka itu diwujudkan kerana sifat pekeriaan gig adalah berbeza daripada pekerjaan konvensional dar memerlukan pendekatan yang lebih sesuai dengan struktur serta model operasi ekosistem platform.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi