Sekolah pelbagai aliran sokong pengambilan BM, Sejarah diwajibkan dalam SPM

SEKOLAH pelbagai aliran pendidikan, termasuk Dong Zong, menyatakan sokongan terhadap keputusan kerajaan yang mewajibkan pelajar mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan perkara itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Menteri Pendidikan memaklumkan pada minggu ini diadakan pertemuan bersama wakil dari pelbagai pihak, wakil daripada sekolah antarabangsa, Maahad Tahfiz dan juga Dong Zhong yang mengangkat isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

“Jadi, Menteri Pendidikan memaklumkan pertemuan terbabit berjalan dengan sangat baik dan ada penyelarasan dari segi apa yang kerajaan berhasrat untuk laksana, diterima baik oleh semua pihak yang hadir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Fahmi menambah, satu perbincangan lanjutan akan diadakan pada minggu hadapan melibatkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Pada minggu hadapan, insya-Allah Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengadakan pertemuan susulan, termasuk bersama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), bagi meneliti aspek laluan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Selepas kedua-dua KPM dan KPT mengadakan perbincangan ini, insya-Allah satu kenyataan susulan akan dikeluarkan,” jelasnya.

Keputusan ini diumumkan Perdana Menteri pada 19 Januari lalu, yang menetapkan bahawa semua sekolah pelbagai aliran, termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama, serta sekolah dalam aliran UEC, diwajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM.

Langkah berkenaan dijangka merungkai kontroversi berkaitan pengajaran Bahasa Melayu, selain menyelesaikan isu syarat kemasukan pelajar ke universiti awam (UA).

Related Posts

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu. Operasi berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA