1,030 murid Betong terima bantuan persekolahan

BETONG – Usaha meringankan beban keluarga, khususnya di kawasan luar bandar, terus diperkukuh apabila Program ‘Back To School’ menyaksikan pengagihan 1,030 unit beg sekolah dan alat tulis kepada murid dari 26 buah sekolah di Parlimen Betong anjuran Yayasan PEKEMA dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Betong.

Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr Richard Rapu berkata, inisiatif tersebut mencerminkan keprihatinan bersama pelbagai pihak dalam memastikan kebajikan dan keperluan pendidikan pelajar, khususnya di kawasan luar bandar, terus diberi perhatian.

Menurut beliau, kejayaan pelaksanaan program berkenaan adalah hasil sinergi antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pusat Khidmat Parlimen serta Pejabat Pendidikan Daerah yang sentiasa komited menyokong agenda pendidikan.

“Saya berharap sumbangan ini dapat menyuntik semangat kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah dengan lebih berkeyakinan dan terus memberikan fokus terhadap pelajaran mereka,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan itu, di sini, pada Jumaat.

Beliau turut menegaskan pendidikan merupakan teras utama dalam membentuk masa depan generasi muda serta pembangunan negara secara keseluruhan.

“Setiap anak mempunyai potensi tersendiri dan pendidikan adalah landasan penting untuk membina masa depan individu, keluarga serta negara,” katanya lagi.

Dalam ucapannya, Richard turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan PEKEMA atas kesudian memilih Parlimen Betong sebagai lokasi penganjuran program berkenaan.

Tambah beliau, program seumpama ini amat signifikan dalam membantu meringankan beban kewangan ibu bapa, khususnya dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak di kawasan luar bandar.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden PEKEMA Cawangan Sarawak, Datuk Ismail Abang Saufi serta wakil Pegawai Pendidikan Daerah Betong, Emparie Tom.

Related Posts

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ts Mustapha Sakmud meneruskan komitmennya menghargai kecemerlangan akademik apabila menganjurkan Anugerah Cemerlang Pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Parlimen Sepanggar bagi tahun keempat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

KOTA KINABALU – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) yang dijadual dibahaskan di Parlimen pada 11 Ogos ini perlu diberi perhatian serius bagi memastikan fakta sebenar dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara

Bersatu automatik gugur daripada PN – Hadi Awang

Bersatu automatik gugur daripada PN – Hadi Awang

Pencari lokan berjaya keluar dari hutan, operasi SAR ditamatkan

Pencari lokan berjaya keluar dari hutan, operasi SAR ditamatkan

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN