HAB dikesan, orang ramai diminta elak makan kerang

TUARAN – Jabatan Perikanan Sabah mengesahkan berlakunya ledakan sel alga berbahaya atau Harmful Alga Bloom (HAB) di perairan Tanjung Badak dan Trayong, Tuaran, hasil analisis sampel air laut yang dijalankan pada 26 Januari lepas.

Menerusi satu notis amaran yang dikeluarkan Pengarah Perikanan Sabah Dr. Shuhadah Mustapha, kejadian berkenaan menyebabkan kerang-kerangan di kawasan terlibat menjadi beracun dan boleh memudaratkan kesihatan awam sekiranya dimakan.

“Orang awam dinasihatkan agar tidak mengutip serta memakan kerang-kerangan dari perairan berkenaan sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran, Dr. Pathman Arumugam, berkata setakat ini tiada sebarang kes keracunan melibatkan orang awam dilaporkan akibat pengambilan kerang-kerangan dari kawasan terjejas.

“Pihak Kesihatan sentiasa bersedia sekiranya terdapat pesakit yang menunjukkan simptom berkaitan keracunan makanan laut, namun tiada kes direkodkan setakat ini,” ujarnya ketika dihubungi oleh wartawan The Malaysia Press (TMP).

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi Penguasa Perikanan Daerah, Pejabat Perikanan Tuaran di talian 088-788534.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang