Cubaan seludup ganja gagal, polis tahan pasangan tempatan

PADANG BESAR — Polis menumpaskan cubaan penyeludupan dadah jenis ganja selepas menahan dua suspek tempatan dan merampas dadah seberat 1,022 gram bernilai kira-kira RM3,000 dalam satu operasi di Padang Besar, 24 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Mohd Shokri Abdullah, berkata tangkapan dibuat hasil maklumat risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.

Menurutnya, sekitar jam 7.20 malam, polis mengesan sebuah kenderaan Honda City berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan di kawasan lampu isyarat Tapak Perindustrian Padang Besar menghala ke Kangar sebelum bertindak mengekori kenderaan terbabit.

“Pemandu enggan memberi kerjasama dan memecut laju sehingga berlaku perlanggaran dengan kenderaan polis sebelum suspek berjaya ditahan di Sekatan Jalan Raya PGA KM27 Sungai Chuchuh dengan bantuan Pasukan Gerakan Am,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Shokri berkata, pemeriksaan mendapati kenderaan itu dipandu lelaki tempatan berusia 20 tahun bersama seorang penumpang wanita tempatan berusia 22 tahun.

Hasil pemeriksaan lanjut menemukan satu kotak berwarna merah mengandungi balutan kertas dan plastik lutsinar berisi ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 1,022 gram.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki memperoleh bekalan dadah daripada seorang lelaki warga asing dengan upah RM100 bagi setiap 1,000 gram untuk menghantar dadah ke lokasi ditetapkan, selain dadah dirampas dipercayai boleh digunakan oleh kira-kira 1,000 penagih.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif methamphetamine manakala suspek wanita negatif dengan semakan rekod lampau menunjukkan suspek lelaki mempunyai tiga rekod berkaitan dadah dan suspek wanita satu rekod.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 25 hingga 31 Januari bagi membantu siasatan lanjut.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik