Kunjungan Muhyiddin isyarat restu ‘tebuk atap’ di Perlis – Puad

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyelar tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa memberi isyarat seolah-olah merestui gerakan ‘tebuk atap’ di Perlis.

Beliau berkata, kunjungan hormat Muhyiddin ke pejabat Menteri Besar Perlis serta pertemuannya dengan tiga bekas wakil rakyat Pas yang menyertai Bersatu mencetuskan pelbagai persepsi, termasuk dakwaan wujud usaha merombak landskap politik negeri itu melalui pintu belakang.

“Gambar pertemuan Muhyiddin bersama tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas itu bukan sekadar kunjungan biasa, sebaliknya memberi isyarat bahawa tindakan ‘tebuk atap’ oleh ADUN Bersatu di Perlis seolah-olah direstui kepimpinan tertinggi PN,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

Mohd Puad turut merujuk kenyataan ADUN Beseri, Haziq Ashaf Dun dari Pas yang meluahkan rasa sedih melihat pertemuan berkenaan, apatah lagi apabila Menteri Besar Perlis dan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Hashim Jasin turut hadir.

“Sepatutnya bukan sekadar sedih, malah perlu merasa dikhianati. Tiga bekas ADUN Pas itu kelihatan seperti mengemis sokongan Muhyiddin, sedangkan Muhyiddin sendiri kini berada dalam kedudukan politik yang rapuh,” katanya.

Menurut beliau, kunjungan Muhyiddin ke kediaman Hashim Jasin juga memperlihatkan wujud dua kem dalam Pas Perlis, sekali gus menggambarkan konflik dalaman yang semakin ketara antara Pas dan Bersatu di negeri itu.

“Hashim Jasin dilihat semakin tersisih. Ini membuktikan hubungan Pas-Bersatu di Perlis masih berkrisis dan sukar dipulihkan,” katanya.

Mohd Puad berkata, keadaan itu akan memberi kesan langsung terhadap prestasi PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, malah tidak menolak kemungkinan Bersatu gagal memenangi sebarang kerusi di Perlis.

“Rakyat Perlis tidak mudah lupa politik pintu belakang. Sentimen ini akan menghukum Bersatu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berpandangan adalah lebih wajar semua ADUN Bersatu serta tiga bekas ADUN Pas terbabit menyertai UMNO demi menjamin kestabilan politik negeri.

“Jika benar mahu memperkukuh pentadbiran Perlis, sertailah Rumah Besar UMNO. Ahlan wa sahlan,” katanya.

Related Posts

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

KOTA KINABALU – Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial merupakan langkah wajar untuk melindungi remaja daripada pelbagai ancaman siber. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis perjelaskan kehadiran anggota di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan penugasan anggota di sekitar Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini dilaksanakan bagi menjamin keselamatan orang ramai serta memastikan ketenteraman awam terus terpelihara. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati