Diwarmas perkasa literasi digital, lindungi warga emas daripada penipuan dalam talian 

NANA MOHAMAD & LINA B.

SIBU – Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) kini giat memperkasakan kemahiran literasi digital dalam kalangan warga emas bagi merapatkan jurang digital, sekali gus mengekang risiko penipuan dalam talian yang semakin membimbangkan.

Pengerusinya, Sajali Mohamad berkata, penubuhan kelab pada tahun 2024 itu tercetus atas kesedaran bahawa golongan tersebut sering terpinggir dalam arus pendigitalan, sedangkan kebanyakan urusan harian kini beralih sepenuhnya ke platform digital.

Menurut beliau, literasi digital bukan lagi satu kemahiran tambahan, sebaliknya merupakan keperluan asas kehidupan yang setanding dengan kepentingan penjagaan kesihatan fizikal.

Keperluan ini, jelas beliau, amat mendesak terutamanya apabila melibatkan urusan perbankan, kesihatan, kebajikan serta komunikasi dengan ahli keluarga.

“Tanpa pengetahuan digital, warga emas berisiko untuk terus terpinggir daripada sistem kehidupan moden,” katanya ketika ditemui oleh wartawan The Malaysia Press (TMP) pada Jumaat.

Ancaman siber membimbangkan

Mengulas lanjut berhubung isu penipuan dalam talian, Sajali menegaskan bahawa Diwarmas melihat keselamatan siber bukan sekadar daripada aspek teknikal, tetapi turut melibatkan perlindungan terhadap maruah, emosi dan kewangan warga emas.

Katanya, pendekatan yang digunakan bermula dengan penerapan kesedaran sebelum penguasaan kemahiran.

“Ini termasuklah latihan mengenal pasti pautan berbahaya berdasarkan situasi sebenar serta memupuk budaya bertanya tanpa rasa segan,” ujarnya.

Dalam aspek pengajaran, jelas Sajali, Diwarmas menekankan budaya pembelajaran tanpa tekanan menerusi prinsip ‘tiada salah, tiada ketawa’.

Malah, kelab tersebut turut menolak penggunaan istilah ‘salah tekan’, sebaliknya menggantikannya dengan frasa ‘belum biasa’.

Mahu terus bantu komuniti

Menyentuh perancangan masa depan, beliau berkata, hala tuju Diwarmas untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang adalah untuk memperkukuh modul literasi digital warga emas yang lebih tersusun dan berimpak tinggi.

“Kita juga merancang melaksanakan perluasan program secara terkawal ke kawasan lain.

“Kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pendidikan turut dirancang secara berperingkat dengan berteraskan jiwa komuniti,” tambahnya.

Related Posts

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

TEMERLOH – Seorang pemandu lori didakwa membunuh empat individu dalam nahas membabitkan 11 kenderaan di Kilometer (KM) 110.3, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), pada 31 Ogos lalu. Menurut laporan Berita Harian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah berharap penyelesaian tuntutan hak 40 peratus hasil bersih yang diperuntukkan kepada negeri itu dapat disegerakan oleh Kerajaan Persekutuan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak