PM arah KPM perkemas persiapan kemasukan murid prasekolah, Tahun 1 – Fahmi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) supaya meneliti secara menyeluruh aspek persiapan kemasukan murid prasekolah dan Tahun Satu melibatkan kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun, selaras dengan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara (RPN).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan berkenaan disampaikan Perdana Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikannya hari ini bagi memastikan kesiapsiagaan sistem pendidikan negara berada pada tahap optimum.

Beliau berkata, Perdana Menteri turut meminta Kementerian Kewangan meneliti proses berkaitan bagi mempercepat pelaksanaan pembinaan infrastruktur pendidikan mengikut tatacara yang ditetapkan, selain menggesa kerjasama rapat dengan Kementerian Kerja Raya bagi menyiapkan pembinaan bilik darjah baharu menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS).

“Guru-guru juga perlu disiap-siagakan melalui Institut Pendidikan Guru supaya bukan hanya sekiranya ada penambahan pelajar dalam Tahun Satu, jadi perlu ada pertambahan guru di situ.

“Malah, ada juga permintaan daripada institusi seperti Maahad Tahfiz yang inginkan guru terutama bagi Tingkatan Satu ke atas dalam persiapan mereka untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, kerajaan akan memperincikan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi pelajar daripada aliran yang tidak berteraskan sistem pendidikan nasional dalam tempoh terdekat.

Katanya, Perdana Menteri telah mengarahkan KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meneliti perkara berkenaan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

“Arahan itu susulan maklum balas orang ramai yang mahu laluan kemasukan ke IPTA diperjelaskan, khususnya bagi pelajar maahad tahfiz dan pemegang Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ini akan disusuli dengan kenyataan daripada pihak KPM dan KPT.

“Insya-Allah, pada minggu depan kedua-dua kementerian akan mengadakan taklimat bersama rakan media bagi memberikan maklumat yang lebih terperinci,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai