Tiga kampung di Kalimantan, penjelasan rasmi NRES menyusul

KEMENTERIAN Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tiga kampung di Kalimantan Utara, Indonesia, kini termasuk dalam wilayah Malaysia selepas berlaku peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, dan penjelasan lanjut diperlukan untuk mengelak salah faham dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, isu berkenaan turut membabitkan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan oleh itu, NRES diminta memberi kenyataan yang lebih lengkap dalam masa terdekat.

“Jemaah Menteri membincangkan perkara ini dan memandangkan ia ada menyentuh isu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), maka pihak NRES diminta susuli dengan kenyataan lebih penuh, dalam masa terdekat.

“Isu ini ada membabitkan siri perbincangan antara kedua-dua negara.

“Proses ini adalah proses lama, dan bukan semua yang dilaporkan itu adalah tepat.

“Jadi, kita tunggu kenyataan penuh daripada pihak NRES,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Menurut Fahmi, isu berkenaan melibatkan siri perbincangan yang panjang antara Malaysia dan Indonesia serta melalui beberapa proses berkaitan sempadan antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menunggu penjelasan rasmi daripada pihak NRES bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu tersebut.

Terdahulu, media melaporkan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara.

Perkara itu dilaporkan dimaklumkan oleh Setiausaha Badan Nasional Pengurusan Sempadan Indonesia (BNPP), Komjen Polis Makhruzi Rahman, dalam mesyuarat bersama Suruhanjaya II Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia di Kompleks Parlimen, Senayan, pada Rabu.

Menurut laporan berkenaan, perubahan itu dikaitkan dengan penyelesaian beberapa Outstanding Boundary Problem (OBP) atau isu sempadan yang sebelum ini belum dimuktamadkan antara Indonesia dan Malaysia, khususnya melibatkan kawasan Pulau Sebatik yang berada di bawah pentadbiran kedua-dua negara.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai