RPN 2026-2035: KGBS gesa atasi jurang pendidikan luar bandar

KUCHING – Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyambut baik pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 sebagai dokumen strategik bagi memperkukuh ekosistem pendidikan negara, namun menuntut perhatian khusus diberikan terhadap jurang pendidikan di kawasan pedalaman.

Presidennya, Zulkiflee Sebli berkata, RPN dilihat berpotensi meningkatkan kualiti pendidikan dan kebolehpasaran graduan, namun pelaksanaannya memerlukan penambahbaikan tuntas terutamanya di Sarawak.

“Antara keutamaan yang perlu diberi perhatian ialah memastikan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar ditangani sepenuhnya.

“Ini termasuk penyediaan peruntukan khusus bagi infrastruktur digital, kemudahan asas sekolah pedalaman serta sokongan logistik yang mampan,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, Zulkiflee memberitahu pihak KGBS turut menegaskan sebarang transformasi pendidikan tidak wajar membebankan warga pendidik.

Tegas beliau, reformasi sistem perlu bergerak seiring dengan langkah konkrit untuk mengurangkan beban dokumentasi dan memperkemas sistem pelaporan.

“Jawatan sokongan di sekolah perlu ditambah agar guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran dan pembangunan murid, bukannya tugas perkeranian,” tambah Zulkiflee.

Dalam pada itu, jelas beliau lagi, pihak KGBS menyarankan agar perubahan kurikulum dilaksanakan secara berfasa dengan latihan profesional yang mencukupi bagi mengelakkan kualiti pembelajaran di bilik darjah terjejas.

Menyentuh aspek pembinaan jati diri, ujar beliau, pihak KGBS menyokong usaha memperkukuh penguasaan bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia, namun pelaksanaannya perlu mengambil kira kesiapsiagaan guru dan latar belakang murid bagi mengelakkan jurang pencapaian baharu.

Justeru, katanya lagi, pihak KGBS mencadangkan supaya pelaksanaan RPN disertakan dengan petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas serta libat urus berterusan bersama kesatuan guru bagi memastikan dasar tersebut memberi impak positif yang menyeluruh.

Foto: Facebook Fadhlina Sidek

Related Posts

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

TAWAU – Kerajaan Sabah merancang menghidupkan semula laluan penerbangan Tawau–Tarakan, Indonesia yang terhenti sejak pandemik COVID-19, sebagai langkah strategik merancakkan semula sektor pelancongan serta merangsang pertumbuhan ekonomi rantara kedua-dua wilayah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

PENAMPANG – Kerajaan Sabah akan terus menuntut hak pemberian 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui rundingan kerajaan dengan kerajaan (G to G)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara