Sekolah diberi sebulan untuk selesaikan pemberian BAP kepada ibu bapa

PIHAK sekolah diminta menyelesaikan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dalam tempoh sebulan bermula 12.1.2026 sehingga 12.2.2026.

Perkara ini ditegaskan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Jabatan Pendidikan Daerah Kemaman, Azli Ismail@Abdul Aziz ketika merasmikan Program Agihan Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2 Kemaman (SMKSI2).

Beliau juga berharap ibu bapa dapat memanfaatkan BAP ini untuk digunakan dengan sebaiknya untuk menampung kos pendidikan anak-anak.

Menurut Pengetua SMKSI2, Rosman Kassim pula, jumlah peruntukan untuk BAP pada tahun ini adalah paling tinggi di mana jumlah wang yang diperuntukkan adalah sekitar RM120,000.

Beliau berkata, jumlah pelajar yang semakin meningkat di mana pada tahun ini jumlah pelajar adalah sekitar 800 orang menjadikan jumlah peruntukan meningkat tahun ini.

Rosman turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak mereka di SMKSI2.

Menurutnya, peningkatan jumlah pelajar membuktikan keyakinan ibu bapa kepada pihak sekolah dalam memberikan pendidikan berkualiti kepada pelajar.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli