Rakyat hargai inisiatif SARA dan STR, harap diteruskan

Oleh: Jasmine AE, Helda Julie & Haziq Musa

KUCHING – Penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) oleh kerajaan MADANI terus mendapat respons positif daripada rakyat yang menyifatkannya sebagai langkah tepat bagi meringankan beban kos sara hidup.

Tinjauan The Malaysia Press mendapati rata-rata penerima menzahirkan rasa syukur dan berharap inisiatif tersebut dikekalkan serta ditambah baik pada masa hadapan.

Golongan muda rasa dihargai

“Saya sangat bersyukur menerima bantuan SARA bujang ini. Ia bukan sahaja meringankan beban kos harian, tetapi menunjukkan Kerajaan MADANI sentiasa mengambil berat terhadap golongan muda yang berdepan cabaran kos hidup semakin meningkat.

Harapan saya, kerajaan terus konsisten memberi sokongan sebegini kerana ia membuatkan kami rasa dihargai dan terbela,” puji Aloysius Sam yang merupakan penjawat awam berusia 28 tahun.

Bantu urus belanja bulanan

“Sebagai pekerja swasta yang adakalanya pendapatan tidak tetap, saya amat bersyukur dengan bantuan ini. Ia membolehkan saya menguruskan perbelanjaan bulanan dengan lebih teratur, malah ada sedikit baki untuk simpanan kecemasan.

Semoga inisiatif ini diperluas supaya lebih ramai golongan muda yang memerlukan dapat merasai manfaatnya,” kata Justina Andrew, 35, pekerja swasta.

Cerminan aspirasi Malaysia MADANI

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan atas pelaksanaan STR dan SARA. Bantuan ini memberi sokongan kewangan serta keperluan asas kepada golongan sasar, sekali gus mencerminkan keprihatinan kerajaan sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Terima kasih atas usaha berterusan membela kebajikan rakyat demi kesejahteraan bersama,” ujar Mohd Alif Najmi Mohd Musa, 25, penjawat awam.

Ringan beban dapur, harap nilai ditambah

“Bantuan SARA bulanan isi rumah ini banyak membantu kami membeli barangan keperluan terutamanya barang dapur.

Walau bagaimanapun, saya berharap agar kerajaan dapat menambah nilai bantuan pada masa akan datang dan meneruskannya demi kesejahteraan rakyat,” kata Sela Bajan, 36, suri rumah.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli