Inisiatif ‘smart lane’ berjaya kurangkan kemalangan

PUTRAJAYA – Pelaksanaan ‘smart lane’ di lebuh raya menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan di beberapa lokasi utama, membuktikan keberkesanan inisiatif itu dalam meningkatkan tahap keselamatan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, hasil analisis keselamatan mendapati pelaksanaan ‘smart lane’ di laluan seperti Putra Mahkota-Southville menunjukkan pengurangan kadar kemalangan sehingga 22 peratus, manakala laluan Rawang-Persimpangan Rawang merekodkan penurunan ketara iaitu 74 peratus, berbanding tempoh sebelum pengaktifannya.

“Secara keseluruhannya, kadar kemalangan di zon ‘smart lane’ sangat rendah dan tidak signifikan jika dibandingkan jumlah kenderaan melalui zon tersebut,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) yang ingin tahu jumlah kemalangan di ‘smart lane’ serta mekanisme pemantauan keselamatan oleh kementerian.

Inisiatif ‘smart lane’ adalah merujuk kepada pengaktifan lorong kecemasan untuk kegunaan kenderaan ringan bagi menambah kapasiti laluan ketika waktu puncak atau musim perayaan, bagi mengurangkan kesesakan.

Nanta menjelaskan, kebanyakan insiden kemalangan direkodkan bukan berpunca daripada reka bentuk jalan, sebaliknya disebabkan kecuaian manusia seperti memandu laju di zon ‘smart lane’, pertukaran lorong secara berbahaya tanpa memberi isyarat dan penggunaan lorong kecemasan di luar waktu operasi ‘smart lane’.

Kementerian Kerja Raya, katanya, komited melaksanakan penyelesaian infrastruktur lebih mampan seperti projek pelebaran dan naik taraf lebuh raya antaranya Projek Pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan dari Senai Utara ke Machap secara berfasa serta Projek Penyuraian Trafik Juru-Sungai Dua untuk mengurangkan kesesakan.

“Projek pelebaran lorong di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak juga untuk mengurangkan kesesakan lebuh raya terutama semasa musim perayaan, selain peralihan kepada sistem kutipan tol secara ‘Multi Lane Fast Flow’ bagi melancarkan lagi proses pembayaran tol dan mengurangkan kesesakan di plaza tol,” katanya.

Pada masa sama, Nanta berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia sentiasa memantau keadaan trafik melalui sistem kamera litar tertutup dari Pusat Pengurusan Trafik serta bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memastikan tiada penyalahgunaan ‘smart lane’ dilakukan pengguna.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta