400 hadir Upacara Memperingati Mangsa Perang Petagas

KOTA KINABALU – Kira-kira 400 orang menghadiri Upacara Memperingati Mangsa-Mangsa Perang Petagas yang disifatkan sebagai platform penting dalam menyemai kesedaran sejarah serta semangat kebebasan dalam kalangan generasi muda.

Upacara bermula dengan ketibaan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, pada jam 8.30 pagi di Tugu Peringatan Petagas.

Beliau menerima tabik hormat daripada 11 kontinjen unit beruniform sejurus tiba di Taman Peringatan Petagas.

Selepas bertafakur selama 20 saat, Joachim mendahului istiadat meletakkan kalungan bunga, diikuti Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Sr. Lifred Wong, yang mewakili Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah.

Turut serta ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Jamili Nais, serta wakil Setiausaha Persekutuan Sabah, Patrick Liang Ngau.

Istiadat meletakkan kalungan bunga turut disertai Pegawai Memerintah Rejimen Ke-35 Artileri Diraja, Leftenan Kolonel Alphonsus Radsung; Komander Pangkalan Kota Kinabalu, Kapten Ahmad Sani Zakaria dan Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kinabalu, ACP Cyril Edward Nuing, yang mewakili Pesuruhjaya Polis Sabah.

Selain itu, Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2, Brigedier Jeneral Koey Tang Chai (TUDM) serta Leftenan Komander Maritim, Haw Vui Fung turut mengambil bahagian dalam istiadat berkenaan.

Seramai tiga wakil ahli keluarga mangsa, wakil Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sabah, Ahli Majlis Tertinggi Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah serta Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hua turut meletakkan kalungan bunga sebelum upacara diakhiri dengan tiupan rouse.

Upacara Memperingati Mangsa-Mangsa Perang Petagas diadakan pada 21 Januari setiap tahun bagi memperingati dan mendoakan kesejahteraan roh pejuang pasukan Gerila Kinabalu yang terkorban dalam pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Jepun pada 21 Januari 1944 di Petagas.

Tugu Peringatan Petagas merupakan lokasi pembunuhan dan perkuburan ahli-ahli pasukan penentang tentera Jepun yang dikenali sebagai Gerila Kinabalu, terdiri daripada pemuda-pemuda pelbagai kaum di Sabah (North Borneo) seramai 324 orang, yang dipimpin oleh Albert Kwok.

Program seumpama ini jelas mencerminkan komitmen Kerajaan Sabah dalam memperingati peristiwa bersejarah sebagai simbol penghargaan kepada jasa pejuang terdahulu, di samping usaha berterusan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Related Posts

Premier Sarawak rakam penghargaan kerajaan MADANI setuju kongsi kuasa bidang pelancongan

KUCHING – Kerajaan MADANI terus mempamerkan komitmen kukuh dalam menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) apabila bersetuju untuk menentukan satu formula khusus bagi perkongsian hasil antara kerajaan Persekutuan dengan Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seni instalasi jadi medium perkasa mesej kelestarian alam sekitar

KOTA KINABALU – Seni instalasi dilihat mampu memainkan peranan penting dalam membentuk identiti sesebuah bandar, selain menjadi medium berkesan untuk mendekatkan masyarakat dengan mesej berkaitan kelestarian alam sekitar. Pengerus Installation…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX