Pemilik KDA FC saman SUA MB Kedah selepas mediasi gagal

ALOR SETAR – Kes saman fitnah yang difailkan pemilik saham majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar terhadap Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim akan diteruskan dengan perbicaraan selepas proses mediasi gagal.

Ia berikutan tiada persetujuan dicapai menerusi proses mediasi yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Alor Setar, di sini, hari ini.

Proses yang bermula sekitar jam 9.30 pagi di Pusat Mediasi Mahkamah itu turut dihadiri Mohd Daud dan Muhamad bersama peguam masing-masing, sebelum selesai kira-kira jam 11.25 pagi.

Berikutan itu, kes akan diteruskan dengan perbicaraan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Peguam yang mewakili Mohd Daud, Ashraf Sohaimi berkata, proses mediasi atas permintaan defendan bagi penyelesaian di luar mahkamah yang berlangsung hampir dua jam itu gagal mencapai persetujuan.

“Kami tidak dapat mencapai persetujuan ketika proses mediasi, jadi kes akan diteruskan ke perbicaraan. Ia berkaitan saman oleh anak guam saya berhubung hantaran di Facebook yang dibuat oleh defendan yang kami anggap mengandungi beberapa perkara tidak tepat.

“Tadi berlangsung proses mediasi dan rundingan untuk cuba menyelesaikan kes ini tanpa melalui perbicaraan, namun pihak-pihak tidak mencapai persetujuan, maka kes akan diteruskan dengan perbicaraan penuh,” katanya.

Menurut Ashraf, saman fitnah itu difailkan pada Oktober 2025 berhubung satu hantaran di media sosial oleh defendan pada Jun lalu.

Sementara itu, peguam yang mewakili Muhamad, Abdul Hadi Ahmad berkata, pihaknya bersedia untuk berdepan perbicaraan kes saman tersebut.

“Tarikh perbicaraan akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan