RPN 2026–2035 mantapkan pendidikan nasional

RANCANGAN Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 yang akan dilancarkan esok digariskan sebagai pelan strategik nasional bagi mentransformasikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, khususnya dalam menangani jurang prasarana, akses teknologi dan kualiti pembelajaran yang sekian lama memberi kesan kepada pelajar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, RPN dirangka dengan aspirasi untuk merapatkan kesenjangan pendidikan secara holistik, merangkumi aspek kemudahan fizikal sekolah, penguasaan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), serta penyediaan infrastruktur internet yang kini menjadi asas kepada peluang pendidikan yang lebih adil dan saksama.

“Bila kita berjaya rapatkan kesenjangan yang ada, saya sangat yakin kualiti pendidikan negara dapat dipertingkatkan,” katanya memetik laporan BH.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sesi temu bual bersama Hot FM di Media Prima Berhad, Balai Berita, di sini, hari ini.

RPN yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan pelan pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara, bermula dari peringkat sekolah sehingga ke pendidikan tinggi.

Pelan tersebut diterajui secara bersama oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM), sekali gus mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI dalam membangunkan sistem pendidikan yang bermutu, inklusif serta berdaya saing di peringkat global.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata RPN turut memberi penekanan terhadap isu kesamarataan pendidikan, khususnya melibatkan ketidakadilan akses pelajar kepada kemudahan internet.

“Isu ketidakadilan pelajar untuk mendapat akses kepada internet sering dibicarakan. Jadi dengan RPN ini, kesenjangan itu akan dikurangkan sekali gus membolehkan kanak-kanak ini mendapat peluang lebih cerah dalam pendidikan.

“Dalam masa sama, RPN turut memberi penekanan kepada pengukuhan bahasa, dengan memperkasa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai teras, di samping memperluas penguasaan bahasa Arab, Mandarin dan Tamil sebagai nilai tambah kepada pelajar,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa RPN digubal berlandaskan pendekatan inklusif berteraskan prinsip dari rakyat untuk rakyat, dengan penglibatan semua pihak berkepentingan termasuk ibu bapa, guru, pelajar serta komuniti.

“RPN hanya akan berjaya jika semua komuniti bersama-sama menjayakannya demi mengangkat martabat dan mutu pendidikan negara,” katanya.

Related Posts

Hari Pahlawan terima peruntukan tambahan RM2 juta

PORT DICKSON – Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini sebagai menghargai pengorbanan serta jasa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertahankan kedaulatan negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NGO serah memorandum bantah desakan Ahli Kongres AS, tegas Malaysia berhak tentukan dasar sendiri

KUALA LUMPUR – Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur bagi membantah tindakan lapan Ahli Kongres AS yang menggesa Washington memberi tekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady