Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau telah diberikan tanggungjawab baharu untuk mengelola dan memantau urusan FELDA dan FGV Holdings Bhd (FGV).

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO memaklumkan, amanah baharu itu diberikan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta untuk dibantu seorang timbalan menteri yang kemudian menamakan Datuk Seri Ahmad Maslan bagi memperkasa porfolio tersebut secara pragmatik.

“Saya minta kepada Perdana Menteri… nanti saya mahu timbalan menteri walaupun daripada kementerian lain untuk bantu saya dalam hal ehwal FELDA.

“Timbalan menteri itu sangat rajin, boleh tidur di rumah peneroka FELDA dengan syarat yang diberikan isterinya – jangan pernah tidur di rumah peneroka yang ada anak dara.

“Tok Mat (Ahmad) saya akan minta beliau bantu kerana saya tidak pernah ada pengalaman sebagai anak FELDA,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU), 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Jumaat.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata, FELDA akan terus berada di bawah Jabatan Perdana Menteri hingga semua masalah pokok berkaitan agensi itu dan peneroka selesai, sebelum diserahkan ke kementerian lain.

Pada akhir Jun 2023, Anwar menandatangani dokumen pelupusan hutang peneroka FELDA bernilai RM8.3 bilion dan peruntukan RM7.7 juta setahun bagi menanggung kos operasi lampu jalan di kawasan tanah rancangan itu, selain pembinaan 12 pusat hemodialisis dengan peruntukan RM21 juta di kesemua wilayah FELDA.

Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan berkuat kuasa 1 Februari 2012 dan diletakkan di bawah Perdana Menteri bermula 20 Mac 2022.

Related Posts

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) terus memperkukuh reputasinya dalam pengurusan aset apabila dua hartanah ikonik miliknya, Menara TH Tun Razak dan Menara Bank Islam, meraih pengiktirafan berprestij pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Integriti, akauntabiliti dalam tadbir urus institusi agama diperkukuh

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertekad memperkukuh tadbir urus institusi agama berteraskan integriti, akauntabiliti dan kesejahteraan rakyat selaras dengan titah Sultan Nazrin Shah agar negara Islam mengamalkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil