NGO serah memorandum bantah desakan Ahli Kongres AS, tegas Malaysia berhak tentukan dasar sendiri

KUALA LUMPUR – Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur bagi membantah tindakan lapan Ahli Kongres AS yang menggesa Washington memberi tekanan kepada Malaysia supaya mengubah dasar tidak membenarkan warga Israel memasuki negara ini.

Memorandum itu diserahkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) kepada pegawai bahagian politik Kedutaan AS pada Rabu.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat mempunyai hak sepenuhnya untuk menentukan dasar luar serta polisi imigresennya tanpa campur tangan mana-mana negara.

“Kita menegaskan bahawa Malaysia berhak menentukan dasar sendiri dan tidak seharusnya tunduk kepada tekanan mana-mana pihak untuk mengubah pendirian negara.

“Kami juga mendesak supaya cadangan yang dikemukakan oleh lapan Ahli Kongres AS itu ditarik balik kerana ia mencampuri urusan dalaman negara,” katanya selepas penyerahan memorandum di hadapan Kedutaan AS.

Beliau berkata, pendirian Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel telah lama diamalkan dan selari dengan dasar negara yang konsisten mempertahankan hak rakyat Palestin.

Sementara itu, Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, memorandum tersebut diserahkan dua hari selepas surat daripada lapan Ahli Kongres AS dihantar kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.

Menurutnya, sehari sebelum itu, ABIM turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda sokongan terhadap ketegasan kerajaan mengekalkan larangan kemasukan rakyat Israel ke Malaysia.

“Tuduhan bahawa pendirian Malaysia bersifat antisemitik adalah tidak berasas. Dasar negara bukan didorong kebencian terhadap mana-mana kaum atau agama, sebaliknya berasaskan pendirian tegas menolak penindasan, konflik dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin di Gaza,” katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakan Ahli Kongres AS itu sebagai mengamalkan ‘double standard’ kerana Amerika Syarikat sendiri pernah mengenakan sekatan kemasukan terhadap rakyat beberapa negara atas faktor keselamatan dan dasar luar.

Perhimpunan aman itu diakhiri dengan laungan “Daulat Malaysia” sebagai simbol sokongan terhadap kedaulatan negara dan hak Malaysia menentukan dasar sendiri.

Terdahulu, lapan Ahli Kongres daripada Parti Demokrat menghantar surat kepada Marco Rubio bagi menggesa pentadbiran AS mengambil tindakan terhadap Malaysia susulan kenyataan Anwar yang menegaskan mana-mana warga Israel yang dikesan berada di negara ini akan diusir serta-merta.

Kenyataan Perdana Menteri itu dibuat susulan dakwaan terdapat warga Israel menggunakan dua pasport atau kewarganegaraan untuk menyertai komuniti Network School di Forest City, Johor.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan kekal dengan pendirian tidak mengiktiraf negara berkenaan serta terus menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit