Rakyat diminta jadi mata dan telinga perangi rasuah – Agong

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan rakyat supaya berperanan sebagai mata dan telinga negara dengan melaporkan sebarang bentuk jenayah rasuah yang berlaku, demi memastikan integriti serta tadbir urus negara sentiasa terpelihara.

Baginda bertitah bahawa tindakan undang-undang tidak seharusnya tertumpu kepada penerima rasuah semata-mata, sebaliknya pemberi rasuah serta ejen yang terlibat dan bersubahat juga perlu disiasat dan dikenakan hukuman setimpal.

“Pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ) mesti jalankan siasatan dengan cepat, tegas dan sempurna.

“Tanpa mengira pangkat atau kedudukan, kerajaan juga perlu menyediakan hakim yang pengalaman dan laluan khas di mahkamah supaya perbicaraan kes rasuah dapat diselesai dengan segera,”

Titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas di Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, baginda turut menegaskan bahawa individu yang menyalahgunakan kuasa, menyeleweng dana awam, menerima rasuah atau bersubahat serta melindungi perasuah merupakan pengkhianat kepada negara.

“Kepada semua ahli yang berhormat dan penjawat awam, ingatlah bahawa jawatan yang disandang adalah amanah rakyat dan negara.

“Jika awak menyalahguna kuasa, menyeleweng dana awam, menerima rasuah atau bersubahat, melindungi daripada rasuah, awak adalah pengkhianat negara,” titahnya.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff