PRK Kinabatangan: Naim rangka 10 teras manifesto, mungkin ditambah

KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar berkata, setakat ini beliau telah merangka sebanyak 10 intipati utama dalam manifesto yang disediakan, dengan kemungkinan jumlah itu akan bertambah selepas selesai sepenuhnya lawatan beliau ke kawasan Parlimen Kinabatangan.

Menurutnya, manifesto berkenaan tidak mempunyai tema khusus sama ada bertemakan belia atau sebaliknya, sebaliknya bersifat penyeluruh merangkumi semua lapisan masyarakat.

“Setakat hari ini yang saya sudah rangka ada 10 intipati.

“Kemungkinan akan bertambah selepas habis lawatan saya sepenuhnya.

“Tema tidak ada, ia bersifat menyeluruh, tetapi yang menjadi keutamaan saya adalah kos sara hidup dan juga ekonomi masyarakat,” ujarnya ketika ditemui media semasa program Malam Galau, di Dataran Kinabatangan, di sini, pada Sabtu.

Tambah Naim, antara perkara yang akan diketengahkan dalam manifesto adalah berkaitan pendidikan, khususnya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), memandangkan beliau sendiri merupakan hasil daripada aliran pendidikan tersebut.

“Antara yang saya akan kemukakan adalah daripada segi pelajaran, terutamanya bagi rakan-rakan yang khusus kepada TVET sebab saya hasil daripada kilang TVET juga.

“Adalah menjadi berhasrat saya untuk memperbanyakkan pusat-pusat belia di kawasan luar bandar susulan kekurangan aktiviti yang dapat dirasai oleh golongan berkenaan ketika ini,” kongsinya.

Dalam masa sama, Mohd Naim berkata, beliau bersama calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA), turut merancang untuk memperbanyakkan institusi pengajian tinggi (IPT) di Kinabatangan.

“Hasrat kami adalah untuk memastikan anak-anak muda di Kinabatangan tidak ketinggalan dalam arus pembelajaran dan mempunyai akses kepada pendidikan tinggi tanpa perlu berhijrah jauh,” tegasnya.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman