Kempen minggu kedua Naim fokus program berskala besar

KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar berkata, pendekatan kempen pada minggu kedua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan akan beralih kepada program berskala lebih besar selepas fasa awal menumpukan usaha mendekati dan memahami permasalahan rakyat.

Menurutnya, pada minggu pertama kempen, beliau bertekad untuk turun sendiri ke lapangan bagi melihat, mendengar dan merasai sendiri permasalahan yang dihadapi masyarakat setempat agar setiap isu dapat ditangani dengan lebih berkesan.

“Saya melihat dengan mata kepala sendiri supaya setiap masalah itu benar-benar difahami dan dapat diselesaikan sehingga ke peringkat akhir.

“Alhamdulillah, perjalanan kempen pada minggu pertama berjalan lancar,” katanya ketika ditemui media semasa program Malam Galau, di Dataran Kinabatangan, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, Parlimen Kinabatangan mempunyai keunikan tersendiri apabila perlu membadai lautan, merentasi sungai serta belukar hutan bagi sampai ke Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Setakat ini hampir semua PDM telah saya lawati dan bersantun bersama masyarakat. Daripada 27 PDM, sebanyak 19 telah berjaya dikunjungi setakat ini kerana faktor jarak perjalanan yang jauh,” ujarnya

Mengulas cabaran sepanjang kempen, Naim berkata, kesukaran akses ke kawasan luar bandar jelas dapat dilihat termasuk terpaksa menaiki bot dan mengangkut kenderaan di beberapa laluan seperti ke Kuamut.

“Ini memberi gambaran sebenar kesukaran hidup masyarakat luar bandar.

“Bagi mereka yang menetap di kawasan ini, laluan tersebut adalah laluan harian mereka,” katanya.

Beliau turut menyifatkan keadaan jalan raya yang teruk serta ketiadaan akses kesihatan di kampung terpencil sebagai sesuatu yang amat menyedihkan dan menyayat hati.

“Malah ada kes sehingga mengorbankan nyawa kerana kesukaran akses.

“Perkara ini akan menjadi keutamaan perjuangan saya selepas ini, insya-Allah,” katanya.

Mengulas mengenai pecutan akhir kempen, beliau berkata pendekatan tersebut masih dirahsiakan dan meminta pengundi menantikan pengumuman dalam tempoh seminggu terakhir.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman