Miha tepis dakwaan tidak berkempen bersama dengan Naim

KINABATANGAN – Calon BN DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (Miha) menepis dakwaan tidak berkempen bersama antara beliau dan calon BN Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar.

Beliau berkata, banyak program dan kempen dirancang bersama, bagaimanapun kekangan komitmen besar Naim di Parlimen menyebabkan kebersamaan itu tidak terlihat.

“Beberapa hari ini kita rancang tetapi kawasan dia (Naim) besar sehingga ke Kuamut, laut dan darat.

“Jadi kebersamaan itu tidak nampak tapi sekarang dia ada baru nampak.

“Kami adik-beradik, isi dan kuku, mata dan kening,” ujarnya kepada media pada program Malam Galau di Dataran Kota Kinabatangan, pada Sabtu.

Mengenai pecutan akhir kempen, Miha berkata, kempen dibuat secara teratur untuk menyampaikan misi dan visi kepada masyarakat Lamag.

“Kita sudah ke PDM-PDM, rumah ke rumah dan menyampaikan manifesto kita kepada pengundi, ” kongsinya.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Lamag, Miha berdepan saingan satu lawan satu dengan calon Warisan, Mazliwati Abd Malek.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 24 Januari sebagai Hari Mengundi manakala 20 Januari ini mengundi awal membabitkan 196 pegawai serta anggota polis dan pasangan.

Related Posts

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

KOTA KINABALU – Polis Sabah mendedahkan kewujudan modus operandi baharu penyalahgunaan dadah apabila sindiket dikesan memproses bahan terlarang dalam bentuk cecair untuk digunakan menerusi vape. Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KUANTAN – Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad keluar PKR dan mengetuai Parti Bersama Malaysia (Bersama) menunjukkan kedua bekas pemimpin parti itu masih merajuk. Ketua Cabang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti