Pas kembali rapat dengan Bersatu selepas ditolak UMNO

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen, berpandangan Pas sebagai parti paling hipokrit dalam sejarah negara susulan keputusan parti itu kembali mengeratkan hubungan dengan Bersatu selepas didakwa ditolak UMNO.

Dalam hantaran di Facebook, Raggie menyenaraikan beberapa peringkat perkembangan hubungan Pas, Bersatu dan UMNO sejak selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengundurannya sebagai Presiden Bersatu.

Beliau berkata, Pas bermimpi untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) dan meminggirkan Bersatu. Dengan itu, hubungan Pas dan Bersatu di bawah Muhyiddin menjadi renggang, dan Pas berharap agar Datuk Seri Hamzah Zainudin menerajui PN.

Bagaimanapun, Raggie berkata, Muhyiddin tidak mungkin memberi laluan kepada Hamzah dan Pas kemudian merancakkan desakan agar UMNO dan Pas bekerjasama menerusi MN.

“Pas bermimpi untuk hidupkan semula Muafakat Nasional dan meminggirkan Bersatu,” katanya.

“Dengan itu, hubungan Pas Bersatu di bawah Muhyiddin menjadi renggang gila, dan Pas berharap agar Hamzah Zainudin menerajui PN,” katanya.

“Jika Hamzah menerajui PN, Pas berkebarangkalian tinggi akan berbaik semula dengan Bersatu,” katanya.

Raggie berkata, Pas mengapi-apikan semangat Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh agar beliau mendesak kepimpinan UMNO untuk terima MN, namun UMNO menolak MN bulat-bulat dan mempersoal keikhlasan Pas.

“Dengan itu, Pas mula mengapi-apikan semangat Dr Akmal agar beliau mendesak kepimpinan UMNO untuk terima MN,” katanya.

“Namun, Zahid dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO menolak MN bulat-bulat, siap dengan memerli Pas dan mempersoal keikhlasan parti itu,” katanya.

Beliau menambah, UMNO juga menegur Dr Akmal dan memberi amaran bahawa beliau tidak boleh melampaui batas.

Raggie mendakwa impian Pas untuk meminggirkan Bersatu di bawah Muhyiddin berkecai, dan Pas menyedari mereka tidak mempunyai pemimpin yang cukup berkaliber untuk menerajui PN.

“Dengan itu, impian Pas untuk meminggirkan Bersatu di bawah Muhyiddin berkecai, dan Pas tahu mereka tiada pemimpin yang cukup berkaliber untuk menerajui PN,” katanya.

“Dr Samsuri mungkin boleh menggantikan Muhyiddin, namun Pas tahu ianya akan mengundang perpecahan dalam parti,” katanya.

Menurut beliau, kegagalan PN mengadakan mesyuarat tergempar untuk memuktamadkan peletakan jawatan Muhyiddin dan melantik pengganti beliau, 19 hari selepas pengumuman pengundurannya, menunjukkan Pas berada dalam keadaan cemas.

“Ini kerana golongan ulama, golongan profesional dan golongan pertengahan masing-masing ada calon pilihan mereka dan tidak boleh terima calon lain,” katanya.

Raggie berkata Pas cemas kerana tidak ada sesiapa dari blok kerajaan mahu bekerjasama dengan parti itu selepas Zahid ‘sengaja’ menyuarakan kerelaan mempertimbangkan kerjasama dengan Bersatu.

“Sebab itu PN gagal laksanakan mesyuarat tergempar untuk memuktamadkan peletakan jawatan Muhyiddin dan melantik pengganti beliau, 19 hari selepas Muhyiddin mengumumkan pengundurannya,” katanya.

“Pas dah cemas dan tahu tidak ada sesiapa dari blok kerajaan yang mahu bekerjasama dengan parti itu selepas Zahid sendiri, yang diketahui tidak suka Muhyiddin dan Bersatu, sengaja menyuarakan kerelaan beliau mempertimbangkan kerjasama dengan Bersatu,” katanya.

“Pada saya, secara peribadi, Pas adalah parti paling hipokrit dalam sejarah tanah air kita,” katanya.

Beliau berkata, akar umbi Pas yang kecewa selepas Perlis ‘jatuh ke tangan Bersatu’ dijangka lebih marah, namun Pas tiada pilihan kerana memerlukan sokongan UMNO atau sekurang-kurangnya Bersatu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Dr Samsuri mungkin boleh menggantikan Muhyiddin, namun Pas tahu ianya akan mengundang perpecahan dalam parti,” katanya.

“Pas juga tidak mungkin mendapat sokongan bukan Melayu dengan sendiri,” katanya.

“Walaupun Bersatu dijangka ditolak pengundi bukan Melayu, tetapi lebih baik ada Bersatu daripada Pas masuk PRU16 seorang diri,” katanya.

“Maka bertemulah Muhyiddin, Hadi dan Tuan Ibrahim untuk mengesat air mata satu sama lain setelah sedar tidak ada sesiapa yang mahukan mereka,” katanya.

Related Posts

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan komitmennya untuk memperkukuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Ampang dan Pandan. Selain itu Penasihat Kanan Politik kepada Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

AMPANG – Pandan kini menjadi ‘Parlimen angkat’ baharu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan perkembangan terbaharu melibatkan kepimpinan cabang berkenaan. Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam