Fokus bantu keperluan NGO, perkasa Ibu tunggal – Miha

KINABATANGAN – Calon BN DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (Miha) menyatakan komitmen terus membantu keperluan NGO serta memperkasa ibu tunggal agar mampu menjana pendapatan sendiri.

Katanya, inisiatif ini bukan sekadar bantuan, tetapi usaha berterusan untuk membuka peluang ekonomi dan meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.

“Seperti kursus penampilan diri ini dan penanaman cendawan yang kami lakukan tujuh bulan lalu sehingga sudah kali kedua dituai.

“Alhamdulillah inilah caranya untuk mereka (Ibu tunggal) terus bermasyarakat sekali gus menjana ekonomi,” ujarnya selepas pogram Santai MADANI bersama Persatuan Ibu Tunggal Nurqaseh Kinabatangan, di Kampung Berjaya 1, pada Ahad.

Tambahnya, sekiranya diberi kepercayaan menjadi wakil rakyat Lamag, kesinambungan perjuangan dan pembangunan di bawah Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin akan diteruskan.

“Salah satunya adalah bangunan Persatuan Ibu tunggal ini yang diusahakan Allahyarham Datuk Bung dan bantuan-bantuan lain, kita akan teruskan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Miha turut mengesyorkan agar pendaftaran permohonan memasuki Persatuan Ibu Tunggal dan warga emas di Parlimen Kinabatangan dibuka secara atas Italian bagi memudahkan golongan itu dibantu.

Difahamkan, seramai 1,500 warga emas dan ibu tunggal dikesan di tiga DUN iaitu Lamag, Sukau dan Kuamut, bagaimanapun hanya lebih 300 yang berdaftar dengan Persatuan Ibu Tunggal Nurqaseh Kinabatangan.

  • Related Posts

    Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

    PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

    KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

    Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

    Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

    Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

    PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

    PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

    Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

    Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

    Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

    Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

    Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

    Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang