Program ‘Kampungku Ceria’ rapat hubungan komuniti

KUANTAN – Inisiatif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sri Fajar, dekat Gambang, menganjurkan program ‘Kampungku Ceria’ wajar dicontohi pimpinan di kawasan lain.

Berlangsung sepanjang hari ini, program berkenaan bukan hanya diisi dengan aktiviti kecergasan dan gerai jualan, tapi turut dilengkapkan dengan sesi menambah ilmu keagamaan.

Bermula sejak jam 7 pagi, program itu dibuka dengan aktiviti senamrobik dan briskwalk di sekitar Taman Tasik Paya Besar.

Program itu dirasmikan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, Mustaqim Zakaria dan turut dihadiri Ahli Majlis Majlis Bandaraya Kuantan, Faisal Abd Samad dan Pengerusi JPKK Kampung Sri Fajar, Norman Abdul Rahman.

Selain aktiviti senamrobik dan briskwalk, turut disediakan kepada pengunjung di kawasan tasik berkenaan adalah perkhidmatan klinik haiwan dan cabutan bertuah.

Mustaqim berkata, penganjuran program seumpama itu dapat menghidupkan lagi kemesraan dan keharmonian hubungan antara masyarakat, terutamanya dari Kampung Sri Fajar.

“Usaha JPKK kampung ini sangat saya hargai dan menjadi harapan kita semua untuk melihat lebih banyak aktiviti membabitkan ramai anggota masyarakat dapat diadakan pada masa akan datang,” katanya.

Pada sebelah malam pula, JPKK Kampung Sri Fajar menganjurkan kuliah Maghrib dengan penampilan penceramah dikenali ramai, ustaz Abdul Hafiz Mat Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan ‘PU Angah’.

Bertajuk ‘Kampungku Ceria, Keluarga Bahagia’, kuliah Maghrib itu diadakan di Masjid Kampung Sri Fajar.

Related Posts

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita dekatkan rakyat dengan kerajaan, perkukuh perpaduan – Mohamad Sabu

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting dalam merapatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, program yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

Program MADANI Kita dekatkan rakyat dengan kerajaan, perkukuh perpaduan – Mohamad Sabu

Program MADANI Kita dekatkan rakyat dengan kerajaan, perkukuh perpaduan – Mohamad Sabu

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

  • By Aden
  • August 2, 2026
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah