Trump ugut naik tarif negara tidak sokong AS ambil alih Greenland

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran akan mengenakan tarif perdagangan terhadap negara yang enggan menyokong rancangannya mengambil alih Greenland.

“Saya mungkin akan mengenakan tarif terhadap mana-mana negara jika mereka tidak menyokong isu Greenland, kerana kita amat memerlukan wilayah itu demi keselamatan negara,” kata Trump dalam satu perbincangan meja bulat di Rumah Putih, semalam.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan negara mana yang bakal terkesan atau kuasa undang‑undang apa yang akan digunakan untuk melaksanakan tarif berkenaan.

Trump turut memberi contoh tindakan mengenakan tarif seperti yang pernah dia lakukan ke atas Perancis dan Jerman tahun lalu, berhubung isu harga produk farmaseutikal.

Ugutan itu dilihat sebagai taktik tekanan terancang pemimpin Republikan berkenaan dalam usahanya memperoleh Greenland – yang juga wilayah separa autonomi di bawah Denmark – termasuk melalui cara ketenteraan jika perlu.

Trump mendakwa AS amat memerlukan Greenland yang kaya dengan sumber mineral, selain menuduh Denmark gagal memastikan keselamatan wilayah itu daripada ancaman pesaing AS, iaitu Rusia dan China.

Related Posts

Ahli Parlimen EU desak sekatan hak asasi terhadap Menteri Israel

AHLI Parlimen Eropah (MEP) dari Itali, Danilo Della Valle, mendedahkan bahawa beliau bersama 28 ahli parlimen yang lain telah menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan hak asasi manusia terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GSF sahkan semua kapal bantuan Gaza dirampas tentera rejim Zionis

PENGANJUR misi kemanusiaan ke Gaza, Global Sumud Flotilla (GSF), mengesahkan kesemua kapal dalam konvoi bantuan mereka telah dirampas oleh tentera rejim Zionis Israel pada Selasa. Menerusi satu kenyataan di aplikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban

Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban