Jumlah negara sekat kanak-kanak akses media sosial meningkat

SEMAKIN banyak negara melaksanakan sekatan akses media sosial ke atas kanak-kanak dengan alasan kesan negatif penggunaan platform itu terhadap golongan berkenaan.

Tindakan ini sekali gus mengikuti langkah Australia melarang pengguna di bawah usia 16 tahun hujung tahun lalu.

Australia meluluskan rang undang-undang (RUU) melarang akses ke platform media sosial bagi pengguna di bawah umur 16 tahun dan mula berkuat kuasa pada 10 Disember.

Pemilik Facebook, Meta, memaklumkan sebanyak 550,000 akaun dinyahaktifkan berikutan penguatkuasaan RUU itu, termasuk 330,000 di Instagram, 173,000 di Facebook dan 39,000 di Threads, lapor Anadolu Ajansi.

Kira-kira 10 platform tertakluk kepada sekatan ini, termasuk X, Instagram, Facebook, TikTok, YouTube, Snapchat, Reddit, Twitch, Threads dan Kick.

Beberapa negara Eropah juga didapati mula mengambil langkah sama.

Denmark menandatangani satu resolusi pada 7 November lalu, melarang pengguna di bawah 15 tahun daripada mengakses platform media sosial.

Sepanyol pula meluluskan RUU pada Jun 2024 yang menaikkan had umur perundangan bagi persetujuan perlindungan data daripada 14 kepada 16 tahun, manakala Perancis dan Norway sudah mengenakan had dikaitkan dengan kematangan digital.

Di Amerika Syarikat (AS), sistem persekutuan menyebabkan persekitaran kawal selia yang berpecah bagi pengesahan umur dan keizinan ibu bapa.

Beberapa negeri, termasuk Florida, sedang mempertimbangkan larangan ke atas platform tertentu manakala usaha perundangan masih berjalan di negeri lain.

Di Turkiye, Perhimpunan Agung Kebangsaan sedang membincangkan potensi larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Menteri Perkhidmatan Keluarga dan Sosial, Mahinur Ozdemir Goktas berkata, penyedia rangkaian sosial dikehendaki menghalang akses oleh pengguna di bawah umur itu.

“Satu RUU membabitkan peraturan media sosial bagi kanak-kanak di bawah 15 tahun dijangka diserahkan kepada jawatankuasa Parlimen berkaitan menjelang akhir bulan ini,” katanya.

China pula mengikuti model berbeza dengan mengekalkan satu sistem kawalan digital paling ketat di dunia.

Kanak-kanak di bawah 18 tahun berdepan sekatan aplikasi data mudah alih yang mengehadkan akses kepada aplikasi tertentu pada waktu khusus.

Mereka hanya dibenarkan melihat kandungan diluluskan Pentadbiran Ruang Siber China sebagai bahan menyokong perkembangan fizikal serta mental.

Pengguna berusia 16 hingga 17 tahun dibenarkan menggunakan aplikasi sehingga dua jam sehari, mereka yang berumur 8 hingga 15 tahun selama satu jam, dan kanak-kanak di bawah 8 tahun hanya 40 minit.

Versi TikTok China, Douyin, mengaktifkan mod kanak-kanak bagi pengguna di bawah 14 tahun dengan mengutamakan kandungan pendidikan seperti eksperimen sains dan pameran muzium.

Kebanyakan platform media sosial utama berasaskan AS adalah dilarang di China.

Related Posts

SPR tingkat kesiapsiagaan hadapi kemungkinan pilihan raya dalam masa terdekat

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dalam masa terdekat sebagai persediaan menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GSF sahkan semua kapal bantuan Gaza dirampas tentera rejim Zionis

PENGANJUR misi kemanusiaan ke Gaza, Global Sumud Flotilla (GSF), mengesahkan kesemua kapal dalam konvoi bantuan mereka telah dirampas oleh tentera rejim Zionis Israel pada Selasa. Menerusi satu kenyataan di aplikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

Pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor maut terjatuh dari apartmen

Pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor maut terjatuh dari apartmen