Ahli Parlimen EU desak sekatan hak asasi terhadap Menteri Israel

AHLI Parlimen Eropah (MEP) dari Itali, Danilo Della Valle, mendedahkan bahawa beliau bersama 28 ahli parlimen yang lain telah menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan hak asasi manusia terhadap Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir.

Tuntutan sekatan itu turut disasarkan kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab melakukan kekejaman dan penganiayaan terhadap aktivis kemanusiaan Flotilla Gaza baru-baru ini.

Menerusi kenyataan yang dikongsi di platform X, Della Valle memaklumkan bahawa kumpulan ahli parlimen terbabit telah mengemukakan surat rasmi kepada Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa, bagi mendesak pengaktifan rejim sekatan hak asasi manusia global EU, lapor Anadolu.

“Kumpulan pertama aktivis flotila yang telah pulang ke tanah air melaporkan insiden yang amat serius termasuk dipamerkan kepada umum dalam keadaan tangan digari serta dirantai.

“Mereka turut mendakwa menjadi mangsa keganasan fizikal dan psikologi, menerima layanan buruk yang menghina maruah, serta pencabulan hak kemanusiaan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa EU sememangnya sudah mempunyai mekanisme khusus bagi mengenakan sekatan bersasar terhadap individu atau entiti yang didakwa melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang berat.

“Mekanisme ini telah pun digunakan baru-baru ini terhadap kumpulan yang digelar sebagai pendatang haram yang ganas.

“Kini, sekatan yang sama mesti diperluaskan kepada sesiapa sahaja yang memainkan peranan secara langsung mahupun tidak langsung dalam penyeksaan ini. Golongan fasis yang memerintah Negara Israel mesti bertanggungjawab atas jenayah mereka di muka pengadilan,” tegas beliau.

Desakan daripada ahli parlimen terbabit menyusul selepas satu video yang dimuat naik sendiri oleh Ben-Gvir tular, memaparkan para aktivis diikat menggunakan pengikat kabel (zip-tie) dan dipaksa melutut selepas ditahan oleh tentera Israel di perairan antarabangsa.

Terdahulu, penganjur misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla mengesahkan bahawa kesemua 50 buah kapal dalam konvoi bantuan mereka telah dirampas secara haram oleh pihak Israel.

Flotila yang membawa 428 peserta dari 44 buah negara itu telah memulakan pelayaran dari wilayah Marmaris, Turkiye, sebagai usaha terbaharu bagi memecahkan kepungan haram Israel yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza sejak tahun 2007.

  • Related Posts

    PBB sambung semula misi evakuasi perubatan keluar dari Gaza

    PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sokongan bagi misi evakuasi perubatan dari Semenanjung Gaza susulan pembukaan semula pintu sempadan Rafah, sekali gus memberikan keutamaan penting kepada operasi kemanusiaan di wilayah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Pejabat Pendakwa Raya Rome siasat Ben-Gvir atas tuduhan aniaya tawanan Global Sumud

    PEJABAT Pendakwa Raya Rome melancarkan siasatan rasmi terhadap Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, berhubung dakwaan penganiayaan ke atas aktivis flotila kemanusiaan ke Gaza semasa berada dalam tahanan. Agensi berita…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

    MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

    SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

    SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

    Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

    Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

    Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

    Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

    KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

    KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

    Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

    Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu