Pemilik kedai cuci kereta maut ditembak

NIBONG TEBAL – Seorang lelaki maut selepas ditembak dalam kejadian di hadapan sebuah premis cuci kenderaan di Jalan Besar Permatang Keling dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam, mangsa berusia 38 tahun yang dipecayai pemilik premis berkenaan dikatakan sedang berada di hadapan premis berkenaan sebelum dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal.

Suspek dikatakan melepaskan lebih enam das tembakan ke arah mangsa hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Difahamkan, mangsa dikejarkan ke Hospital Parit Buntar bagi mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.

Bagaimanapun, lelaki itu dilaporkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan dan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian ini dalam masa terdekat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung