Pemilihan parti ditangguh dapat persetujuan perwakilan, UMNO perlu ‘solid’ hadapi 3 pilihan raya

KUALA LUMPUR – Keputusan pemilihan UMNO yang perlu ditangguhkan dan akan dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum  (PRU) telah dipersetujui semua perwakilan parti, selaras perlembagaan yang dipinda serta diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pindaan tersebut menetapkan pemilihan kepimpinan parti dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sama ada sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

Menurutnya, keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti dibuat selepas mengambil kira keperluan UMNO untuk fokus kepada perkara lebih penting termasuk tiga pilihan raya yang bakal berlangsung.

“Kita baru sahaja berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan berkemungkinan PRN Melaka serta Johor diadakan pada tahun ini diikuti dengan PRU.

“Fokus kita pilihan raya dululah… Jadi selepas itu pilihan raya umum (PRU). Kalau kita sibuk dengan pemilihan parti nanti macam-macam cerita.

“Sekarang ini UMNO memerlukan kekuatan dalaman yang solid (kukuh). Jadi saya kira, Alhamdulillah apa yang diputuskan oleh perwakilan UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ketika tahun lepas, saya rasa ada kebijaksanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyantuni pengamal media di Laman Media sempena PAU 2025, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi berkata, Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 perlu dipinda kerana tidak lagi relevan berdasarkan keperluan semasa.

Beliau yang juga Pengerusi MARA, draf awal pindaan akta itu berada di peringkat akhir dan akan dibentangkan kepada Timbalan Perdana Menteri.

“Sesi libat urus bersama MARA akan diadakan selepas menerima tarikh daripada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi memperhalusi pindaan akta tersebut sebelum ia dimukatamadkan.

“Ketika itu, fokus MARA adalah kepada pembangunan luar bandar kerana ia mengambil alih peranan RIDA.

“Namun hari ini, MARA mempunyai ekosistem yang jauh lebih besar termasuk 345 institusi pendidikan dengan 270 daripadanya memfokuskan kepada Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya.

Menurutnya, MARA kini merupakan institusi terbesar dalam pendidikan TVET berbanding kementerian lain, justeru akta ini perlu diberikan nafas baharu termasuk aspek tadbir urus, tatakelola dan akauntabiliti yang lebih kukuh.

Related Posts

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KUANTAN – Tindakan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad keluar PKR dan mengetuai Parti Bersama Malaysia (Bersama) menunjukkan kedua bekas pemimpin parti itu masih merajuk. Ketua Cabang PKR Paya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

KUCHING – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak mengecam tindakan bekas Timbalan Presiden, Rafizi Ramli yang mengosongkan kerusi Parlimen Pandan kerana disifatkan mengkhianati mandat rakyat demi kepentingan politik peribadi. Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti