Kerajaan Sabah, Persekutuan diseru tambah baik akses internet di DUN Lamag

KINABATANGAN – Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan diseru agar menambah baik liputan serta akses internet kawasan luar bandar khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Calon BN DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA) berkata, penduduk setempat termasuk pelajar masih berdepan capaian internet yang lemah dan tidak stabil di beberapa kawasan terbabit.

“Ini adalah perkara asas yang perlu dinaik taraf di kawasan kampung-kampung dalam DUN Lamag dan Kinabatangan ini bagi memudahkan pelajar atau setiap golongan itu, mendapatkan maklumat dan sebagainya.

“Kita juga akan suarakan di DUN agar kemudahan internet atau NADI ini diperbanyakkan kerana terdapat kawasan ‘line’ telefon ada tetapi akses internet itu tiada.

“Kadang kita berwhatsapp tidak boleh, bertelefon sahaja boleh. Jadi selain isu air dan jalan raya, isu capaian internet ini juga antara keperluan mendesak di Lamag dan Kinabatangan ini,” ujarnya kepada media selepas melakukan lawatan di Pusat Media NADI Kota Kinabatangan, pada Sabtu.

Dalam pada itu, MIHA turut menzahirkan penghargaan kepada para media atas komitmen dalam menyalurkan maklumat benar dan telus kepada masyarakat berhubung PRK Lamag dan Kinabatangan.

Tambahnya, media menjadi platform penjelasan isu, menjawab persoalan serta persepsi negative kepada masyarakat yang dibawa oleh pembangkang.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung