Manchester United masih ada harapan

MICHAEL Carrick percaya tarikan dan aura Manchester United masih kekal biarpun kelab itu melalui tempoh sukar di tengah padang ketika dia memulakan tugas jangka pendek sebagai pengurus di Old Trafford.

Bekas pemain tengah itu dilantik sebagai pengendali hingga akhir musim minggu ini dan berdepan ujian getir apabila Manchester City bertandang bagi aksi musuh tetangga, malam ini.

Bagi satu tempoh yang lama, City pernah sekadar menjadi bayangan kepada United di halaman sendiri, namun mereka kini mendominasi seteru tempatan itu sejak Alex Ferguson meninggalkan Old Trafford pada tahun 2013.

City menamatkan saingan di depan United dalam setiap musim sepanjang 12 tahun lalu dan berada di landasan kukuh untuk mengulangi pencapaian sama musim ini.

United kini di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris, ketinggalan 11 mata di belakang pasukan kendalian Pep Guardiola.

Namun Carrick menepis tanggapan dia kembali ke kelab yang sudah kehilangan roh dan identitinya.

“Saya langsung tidak fikir ia kosong,” kata Carrick, yang memenangi 12 trofi utama sepanjang karier cemerlangnya bersama Red Devils.

“Saya rasa ada magis di tempat ini. Saya dapat merasainya. Saya rasa seperti di rumah sebaik melangkah masuk ke bangunan ini dan berada di sekelilingnya.

“Saya sudah lama berada di sini, cuma terlepas seketika, tetapi saya percaya magis itu masih ada. Sukar untuk tidak merasakannya.”

Walaupun kontraknya bersifat sementara, Carrick menegaskan dia tetap akan bertindak demi kepentingan jangka panjang kelab dan tidak menolak kemungkinan kekal lebih lama sekiranya tempoh kendaliannya membuahkan hasil.

Related Posts

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

SKUAD Harimau Malaya membuka kempen Piala ASEAN 2026 dengan langkah kanan selepas menumbangkan Myanmar 2-1 pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Thuwunna, malam tadi. Kebangkitan pada babak kedua jelas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkembangan lanjut mengenai kemungkinan Malaysia kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) akan diumumkan pada Ahad ini. “Saya akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1