United perlu kekal konsisten

MICHAEL Carrick berharap Manchester United mampu mengekalkan prestasi cemerlang selepas kemenangan 2-0 ke atas seteru tetangga, Manchester City – memberikan permulaan impian untuknya sebagai pengendali sementara.

Red Devils dipacu semangat oleh perubahan pengurusan apabila jaringan Bryan Mbeumo dan Patrick Dorgu memberi tamparan hebat kepada usaha City mengejar gelaran Liga Perdana Inggeris.

United turut kehilangan tiga gol akibat ofsaid tipis dan dihalang oleh beberapa aksi cemerlang penjaga gol City, Gianluigi Donnarumma.

“Permulaan yang baik. Tidak dapat dinafikan. Pemain-pemain memang hebat,” kata Carrick.

Hanya kemenangan kedua daripada lapan perlawanan dalam semua kejohanan melonjak United ke tangga keempat liga sebelum perlawanan lain berlangsung.

Pasukan Carrick bakal menghadapi ujian getir lagi apabila menentang pendahulu liga, Arsenal, minggu depan.

Namun musim ini menyaksikan United lebih kerap tercicir mata menentang pasukan dianggap ‘lebih lemah’.

Mereka gagal menewaskan Wolves, Bournemouth, West Ham dan Everton di laman sendiri di bawah Ruben Amorim, yang dipecat awal bulan ini.

Related Posts

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

REKOD sempurna Arsenal dalam semua pertandingan musim ini akhirnya lebur apabila juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dibelasah Brighton & Hove Albion 0-3 di Amex, malam tadi. Skuad kendalian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

HARRY Kane meledak dua gol ketika Bayern Munich membelasah Union Berlin 7-0, awal pagi tadi, sekali gus menjadi pemain terpantas mencapai 100 gol dalam Bundesliga. Kane menjaringkan gol ke-100 dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang