Tiga sekolah, persatuan nelayan terima dana CSR RM80,000

KABONG – Tiga sekolah rendah dan satu persatuan nelayan antara lima penerima suntikan dana keseluruhan berjumlah RM80,000 bagi memperkasa pembangunan pendidikan serta kemudahan komuniti di daerah ini.

Sumbangan menerusi Dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu merupakan inisiatif Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak Bahagian Betong dengan kerjasama Magna Focus Sdn Bhd.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir berkata, penyaluran dana tersebut diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk menaik taraf kemudahan awam dan infrastruktur sekolah demi keselesaan rakyat.

“Kita melihat pelaburan dalam pendidikan sebagai satu pelaburan jangka panjang.

“Apabila kemudahan sekolah diperkasa, ia secara langsung membantu meningkatkan kualiti pembelajaran dan membentuk generasi masa depan yang lebih berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Projek CSR Bahagian Betong 2025 di Pusat Khidmat DUN Kabong, pada petang Khamis.

Dalam majlis tersebut, Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman, SK Haji Junid Gerigat dan SK Kampung Alit masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM20,000.

Manakala dua lagi penerima iaitu Persatuan Nelayan Kawasan Kabong dan Tabika KEMAS Kampung Sungai Benang masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM10,000.

Mengulas lanjut, Mohd Chee menyifatkan inisiatif tersebut membuktikan komitmen agensi kerajaan dan sektor korporat yang tidak hanya tertumpu kepada fungsi pentadbiran, sebaliknya cakna terhadap kebajikan komuniti.

“Kejayaan pembangunan di kawasan ini memerlukan sinergi berterusan antara kerajaan, pihak sekolah, pemimpin masyarakat dan ibu bapa agar manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh,” ujarnya.

Foto: Facebook Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong

Related Posts

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan pelbagai insentif dan aktiviti menarik kepada warga kota sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-38, termasuk diskaun 50 peratus kompaun lalu lintas,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

TAWAU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat susulan aduan yang diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran