Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil langkah pengawalan susulan isu gangguan monyet liar atau dikenali sebagai monyet gunung di Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, yang tular dan dilaporkan media baru-baru ini.

MBI menerusi satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, pemasangan perangkap telah dilaksanakan di kawasan sekitar taman rekreasi berkenaan sebagai langkah kawalan awal bagi mengurangkan gangguan haiwan liar tersebut.

Menurut kenyataan itu, isu gangguan monyet gunung bukan sahaja berlaku di Taman Rekreasi Gunung Lang, malah turut melibatkan beberapa lokasi lain di seluruh Bandaraya Ipoh.

MBI turut memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa menjalinkan kerjasama rapat dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam menangani isu gangguan haiwan liar di bawah pentadbiran bandar raya itu.

“Aduan berkaitan gangguan monyet gunung yang terakhir diterima oleh pihak MBI adalah pada Ogos 2025.

“Susulan aduan tersebut, tindakan pemasangan perangkap telah dilaksanakan dan kerjasama berterusan dengan Perhilitan sentiasa dijalankan bagi menangani isu ini,” menurut kenyataan berkenaan.

Tambahnya, gangguan monyet liar itu bukan sahaja berlaku di kawasan taman rekreasi, malah turut melibatkan kawasan perumahan, jalan raya serta kawasan awam lain di sekitar Bandaraya Ipoh.

Sehubungan itu, MBI menegaskan akan terus memperkukuhkan kerjasama bersama jabatan dan agensi berkaitan serta melibatkan komuniti setempat bagi mencari solusi yang lebih berkesan dan menyeluruh.

“Isu gangguan haiwan liar bukan sahaja menjejaskan aktiviti rekreasi, malah boleh mencacatkan imej serta reputasi kawasan pelancongan.

“Ia juga berpotensi memberi impak negatif terhadap keselamatan awam,” jelas kenyataan itu lagi.

Terdahulu, media melaporkan kebimbangan orang ramai berhubung kehadiran monyet gunung yang bersifat agresif dan berbahaya kepada pengunjung di Taman Rekreasi Gunung Lang.

Related Posts

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

KUANTAN – Gerakan koperasi di Pahang mencatat perolehan RM1.13 bilion tahun lalu, meningkat 15 peratus berbanding 2024, manakala jumlah aset keseluruhan kini melebihi RM1.73 bilion. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan pembangunan pusat data baharu di kawasan yang tidak mempunyai kapasiti bekalan air dan tenaga mencukupi bagi menampung keperluan industri berkenaan. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin