Akmal Saleh letak jawatan Exco keputusan peribadi, bukan tekanan keluar Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – Peletakan jawatan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Exco kerajaan Melaka bukan suatu tekanan supaya UMNO menghentikan kerjasama bersama Kerajaan Perpaduan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu sebaliknya adalah keputusan peribadi Dr Muhamad Akmal.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menghormati keputusan Ketua Pemuda UMNO itu, selain menegaskan tiada sebarang tekanan dikenakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu untuk berbuat demikian.

“Mungkin dengan ini beliau mempunyai masa dan ruang mencukupi untuk menyantuni akar umbi. Mudah-mudahan ini menjadi peluang untuk beliau menggerakkan jentera Pemuda UMNO di seluruh negara.

“Itu hak peribadi beliau. Beliau tahu apa yang dilakukannya. Beliau pun sudah berbincang mengenai hasrat ini bersama saya dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan, UMNO menghormati keputusan Dr Muhamad Akmal yang mahu melepaskan jawatan sebagai Exco Melaka.

Beliau optimis ia akan memberi Dr Akmal peluang yang lebih untuk turun ke akar umbi dan menggerakkan jentera Pemuda UMNO secara aktif selepas ini.

“Mungkin dengan ini beliau mempunyai masa dan ruang mencukupi untuk menyantuni akar umbi.

“Mudah-mudahan ini menjadi peluang untuk beliau menggerakkan jentera Pemuda UMNO di seluruh negara,” katanya.

Terdahulu, Dr Akmal mengejutkan pentas persidangan PAU 2025 pada Khamis apabila mengumumkan meletakkan jawatan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkuat kuasa minggu depan.

Bagaimanapun, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkenaan, beliau akan tetap mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana mahu menentang DAP habis-habisan.

Menurutnya, keputusan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO itu bagi membuktikan beliau tidak sama sekali akan lari daripada perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan