Rauf akan pertimbang peletakan jawatan Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada peletakan jawatan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka diterima atau tidak akan diteliti terlebih dahulu sebelum dimuktamadkan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ini kerana ketetapan untuk menerima atau menolak peletakan jawatan Dr Muhamad Akmal itu adalah prerogatif beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka memaklumkan, pihaknya menghormati keputusan Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO dengan menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang selari dengan peranannya sebagai Ketua Pemuda.

“Dia umum letak jawatan Exco kerajaan negeri, pengumuman ini untuk memberi tahu dia meletak jawatan.

“Namun, saya sebagai Ketua Menteri akan menunggu surat rasmi untuk mempertimbangkan sama ada menerima atau menolak peletakan jawatan beliau dan ia tertakluk kepada perbincangan nanti

“Saya juga akan meneliti dan menilai daripada sudut kaedah bagaimana untuk menguruskan isu ini dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.

Terdahulu, Dr Muhamad Akmal menerusi ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada Khamis mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Melaka yang disandangnya sejak April 2023, berkuat kuasa minggu depan.

Bagaimanapun, beliau akan kekal dengan jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ab Rauf.

Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal dilaporkan berkata, akur dengan keputusan Ahmad Zahid dan Ab Rauf berhubung kedudukan jawatan disandangnya ketika ini.

Ini kerana, kedua-dua pihak terbabit sebelum ini memilih beliau bertanding di DUN dan dilantik sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.

Media sebelum ini melaporkan, Dr Muhamad Akmal memberi bayangan sedia melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Exco Kerajaan Melaka susulan kontroversi desakannya supaya parti itu mempertimbangkan kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan.

Related Posts

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan supaya tidak bekerja sambil lewa atau berasa selesa dengan pencapaian yang telah diperoleh kerajaan pada ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

PUTRAJAYA – Kerjasama dan muafakat dalam kalangan anggota Jemaah Menteri secara keseluruhannya masih berada pada tahap baik biarpun wujud pelbagai dakwaan terutama di media sosial. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026