Kematian pelajar di asrama, Fadhlina arah jemaah nazir audit keselamatan sekolah

SEREMBAN – Seorang pelajar ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, siasatan kini dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala kementeriannya dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.

“Saya merakamkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

“Seluruh warga kementerian merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya telah bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham di hospital bagi menyampaikan sendiri rasa simpati atas kehilangan yang amat menyayat hati ini,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Fadhlina berkata, beliau turut hadir ke sekolah berkenaan pagi tadi untuk bertemu warga sekolah, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta PDRM bagi mendapatkan penjelasan mengenai kejadian dan tindakan yang telah diambil.

Menurutnya, kementerian akan meneliti secara menyeluruh aspek keselamatan serta pematuhan tatacara di sekolah berkenaan.

“Saya telah mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit dengan segera bagi mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan,” katanya.

Fadhlina berkata, tiada pihak akan dilindungi sekiranya siasatan mendapati berlaku salah laku atau pelanggaran undang-undang.

Katanya, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Dalam pada itu, kementerian turut menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial kepada keluarga Allahyarham serta warga sekolah yang terkesan susulan kejadian berkenaan.

“Dalam saat yang sukar ini, keutamaan kita adalah keluarga Allahyarham. KPM akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan PDRM dan memastikan kebajikan warga sekolah terus terpelihara,” katanya.

Sebelum ini, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) pada Jumaat malam.

Mangsa yang berasal dari Gemencheh itu merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

Related Posts

Pelajar meninggal dunia di asrama, pelajar 16 tahun ditahan

SEREMBAN – Polis mengesahkan kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas dipercayai terlibat dalam kejadian mendatangkan kecederaan di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Jumaat. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PERSADA bakal diperluas seluruh negara, NADI sokong sektor kesihatan

PADANG BESAR – Pelaksanaan Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) di Perlis berjaya mengurangkan masa menunggu pesakit dengan lebih 86 peratus daripada mereka dapat bertemu doktor dalam tempoh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kematian pelajar di asrama, Fadhlina arah jemaah nazir audit keselamatan sekolah

Kematian pelajar di asrama, Fadhlina arah jemaah nazir audit keselamatan sekolah

Pelajar meninggal dunia di asrama, pelajar 16 tahun ditahan

Pelajar meninggal dunia di asrama, pelajar 16 tahun ditahan

PERSADA bakal diperluas seluruh negara, NADI sokong sektor kesihatan

PERSADA bakal diperluas seluruh negara, NADI sokong sektor kesihatan

Regatta Subis@Niah 2026 perkasa warisan, ekonomi komuniti setempat

Regatta Subis@Niah 2026 perkasa warisan, ekonomi komuniti setempat

Kerajaan tanggung caj UMP mulai 1 Oktober

Kerajaan tanggung caj UMP mulai 1 Oktober

Kemajuan perlu dipandu iman, akhlak dan tanggungjawab – Anwar

Kemajuan perlu dipandu iman, akhlak dan tanggungjawab – Anwar