Selangor rangka strategi perkukuh sekuriti makanan melalui koperasi

KLANG — Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka strategi menyeluruh bagi memperkukuh sekuriti makanan negeri dengan menjadikan koperasi sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan makanan, kata EXCO Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rizam Ismail.

Menurut beliau, beberapa inisiatif utama akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun, antaranya pembangunan Pusat Pengumpulan Hasil Koperasi, pemerkasaan Koperasi Masjid, pengukuhan Program Jualan Rumpun Selangor (JRS) serta pembangunan Jeti Koperasi.

“Penglibatan koperasi akan diperluaskan merangkumi sektor pengeluaran makanan termasuk pertanian asas, perikanan, perladangan, pemborongan dan peruncitan,” katanya.

Rizam berkata, kebanyakan ahli koperasi mempunyai potensi untuk menjadi petani dan penternak yang berdaya maju, namun berdepan kekangan pemasaran akibat dominasi orang tengah dalam rantaian bekalan.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Rumpun Selangor 2025 di Hotel Wyndham Acmar, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Rizam memaklumkan Program Jualan Rumpun Selangor akan diteruskan sebagai langkah membantu rakyat menangani kos sara hidup dengan menawarkan barangan keperluan asas dan harian pada harga diskaun sehingga 30 peratus kepada anggota koperasi serta komuniti setempat.

Beliau menegaskan JRS tidak bertujuan bersaing dengan program Jualan Ehsan Rahmah, sebaliknya melengkapi usaha sedia ada menerusi kerjasama bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor.

“Selain diskaun sehingga 30 peratus, jualan ‘happy hour’ turut diperkenalkan dengan potongan harga mencecah 40 peratus,” katanya.

Kerajaan negeri berharap pelaksanaan strategi ini dapat memperbaiki akses pasaran, menstabilkan bekalan makanan serta menyumbang kepada pengurangan harga barangan kepada pengguna dalam jangka masa terdekat.

Related Posts

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

TAWAU – Pelbagai inisiatif kesedaran terus diperkasa bagi melindungi dan menangani peningkatan kes termasuk jenayah dan seksual melibatkan golongan remaja bawah umur di negeri ini. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Kerajaan meneliti penambahbaikan terhadap pelaksanaan subsidi diesel susulan maklum balas daripada pelbagai pihak, khususnya di Sabah dan Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan