Skim Palsu: Warga emas rugi lebih setengah juta

KUANTAN – Teruja untuk meraih keuntungan lebih besar, seorang perunding hartanah sambilan sanggup melabur semula kesemua RM140,889 hasil pulangan awal atas nasihat ejen satu skim pelaburan disertainya.

Namun, tindakan lelaki warga emas berusia 71 tahun itu membawa padah apabila skim pelaburan tersebut rupa-rupanya tidak wujud menyebabkan dia menanggung kerugian lebih RM622,000.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas diarahkan suspek menambah modal pelaburan RM1 juta bagi membolehkan pengeluaran keseluruhan wang keuntungan.

Menurutnya, mangsa dipercayai dihubungi suspek pada 16 Oktober tahun lalu menerusi aplikasi WhatsApp, yang menawarkan skim pelaburan dengan pulangan keuntungan sebanyak 50 peratus bagi setiap pelaburan.

“Lelaki warga emas itu kemudiannya ditawarkan untuk menyertai pelaburan ‘JMC M Trading Venture’ melalui satu aplikasi diberikan suspek.

“Dalam tempoh 27 Oktober hingga 27 Disember tahun lalu, mangsa membuat 16 transaksi pembayaran melalui empat akaun bank, melibatkan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM622,161 yang diambil daripada wang simpanan peribadinya,” katanya.

Yahaya menasihatkan orang ramai supaya merujuk dan mendapatkan nasihat awal dari balai polis berhampiran sebelum menyertai sebarang pelaburan, bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun diterima menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum melakukan sebarang transaksi.

“Sekiranya menyedari menjadi mangsa penipuan, segera hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997,” katanya.

Related Posts

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 ringankan beban rakyat, Sabah kekal penerima peruntukan terbesar – Hajiji

KOTA KINABALU – Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat, selain mencerminkan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak